Saturday, September 1, 2012

Bas Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang +Video


Berita Terbaru Yang Di Perolehi Bas Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh pihak2 yang semakin terancam dengan kebangkitan Sokongan kepada Pakatan Rakyat. Pendekatan yang digunakan oleh DS Anwar Ibrahim ternyata menarik perhatian rakyat untuk bersamanya dalam usaha menumbangkan keangkuhan dan kesombongan Umno/BN pada PRU 13.
Beberapa siri serangan ala samseng yang diketuai oleh Umno/BN terhadap program2 Pakatan Rakyat khususnya Keadilan sebelum ini membuktikan bahawa mereka akan bertindak lebih ganas atas restu kepimpinan tertinggi mereka..!
 

 Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela.

KEJADIAN JAM 5 SUBUH TADI DI MANA BAS MERDEKA RAKYAT TELAH D SERANG OLEH ORANG2 YANG TIDAK D KENALI .. BIASANYA SIAPA YANG MEMBUAT KACAU BILA PR NAK BUAT CERAMAH ? PARTI MANA YANG SELALU GANGGU PR DALAM MEMBERI PENERANGAN PADA RAKYAT ?

Bas Jelajah Merdeka Rakyat Diserang 
1 September 2012 - Pada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. 

Menurut kemaskini Twitter oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut. Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan. 

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini. 

Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. 

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

No comments:

Post a Comment