Saturday, September 29, 2012

#Bajet2013 : Gempaq!! Najib lari bawa beg kikiki +Video


Video : Anwar Ibrahim - Ulasan Belanjawan 2013
diajak debat menikus! menyindir bukan main.. For half an hour, you have attack me. Apa kata kita debat .. Najib lari bawa beg kikiki



Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa & keupayaan domestik. Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yg agak keterlaluan. Tentunya ada beberapa isu kita boleh jawab umpamanya disentuh tentang perumahan yg besar tetapi tidak pernah dicapai seperti kita harapkan." 
 Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang Jelas bajet ini bajet pilihanraya krn ia tidak mengambil kira keadaan fiskal atau keadaan kewangan negara. Kalau kita lihat belanja tahun lepas ia telah lebih belanja RM20 bilion.... 

Kalau kita lihat. Hutang naik 456 bilion tahun lepas kpd 502 bilion utk akhir tahun ini. 

Jadi jelas ia bajet pilihanraya utk beli undi tapi kita harap bukan sekadar beli undi tapi menjadikan kroni-kroni kaya sahaja. Kita lihat di sini yg dapat manfaat kroni-kroni dgn projek yg dijanjikan. Kita lihat kalau tahun depan Pakatan menang ini mungkin akn buat kita lebih susah lagi. 

Tan Sri Khalid Ibrahim,menteri besar Selangor Ia (belanjawan) masih berkisar soal isu makro & bukan isu-isu berkaitan rakyat. 

 Salahuddin Ayub, naib presiden PAS Asas kekuatan ekonomi tidak disentuh secara kukuh dlm bajet kali ini. Banyak fokus yg menjurus kpd pemberian undi. Kena kembali kpd asas & pecahkan sistem monopoli. "Bajet yg sangat jelas menjurus kpd pemberian undi yg tidak dapat dielakkan ekoran terlalu banyak pengumuman pemberian tunai. "Bajet Pakatan lebih bersifat fundamental & punya objektif yg kukuh utk menyelesaikan masalah rakyat jika memilih Pakatan. 

 Datuk Mahfuz Omar, naib presiden PAS Ini bajet panik kerajaan krn ia berasaskan pemberian yg diumumkan & di akhirnya memang menyeru harapan rakyat supaya bagi peluang kpd Umno-BN sekali lagi. Kerajaan panik dgn gelombang kebangkitan rakyat. Bajet yg tidak mengetengahkan reformasi kpd struktur ekonomi. Ada lagi unsur ketirisan & nak kayakan kroni bukan utk rakyat. Dgn hutang negara telah mencecah RM476billion hutang negara, kerajaan masih tidak mengemukakan langkah utk membawa pulang semula RM1.08trilion ke dlm negara. 

 Anthony Loke, ketua Pemuda DAP Ia utk membeli pengundi dari pelbagai sektor. Gula-gula paling jelas ialah rebat pembelian telefon pintar RM200. Ia jelas mensasarkan pengundi pertama kali. Begitu juga dgn baucar & sebagainya. Penjawat awam dgn bonus sebulan setengah... Ini pertama kali bonus utk penjawat awam naik kpd sebulan setengah. Tujuannya utk mendapatkan sokongan kelompok ini dlm pilihan raya. 

 Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) Jelas bahawa bajet PM seolah-olah tidak mengambil latar belakang fizikal & hanya disusun utk mendapatkn undi. Ini kita sudah jangkakan. Perbelanjaan sepatutnya bertanggungjawab & ini berlaku sebaliknya. Segala pemberian one-off bermakna Najib hanya mahukan undi utk pilihan raya umum. Ringkasnya, walaupun bajet PM & belanjawan Pakatan bersifat popular & populis - popular utk memenuhi kesejahteraan rakyat -populis hanya memberikan beban pd rakyat. 

 Liew Chin Tong (DAP- Bukit Bendera) Belanjawan ini tiada idea baru & hanya mengulangi dasar memberikan wang di sana sini serta membeli undi. Kenapa saya kata tiada idea? Ia seperti memberitahu pelajar "saya beri kamu wang utk tuisyen" drpd memperbaiki kualiti pendidikn - 
Malaysiakini 26 SEPT 2012 
Mimpi Senja Pengundi Cina .. Tangan Najib terlalu kotor 

Shahbudin Husin Najib secara umumnya cuba melakukan pelbagai perkara bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap UMNO & BN selepas tsunami yg melanda pd 2008, namun sehingga ini semua usaha yg dilakukannya bagaikan tidak mendatangkan hasil yg diharapkan. Ada saja isu yg menyebabkannya dipertikai & dipandang serong olh rakyat. 

 Beliau melakukn pelbagai transformasi serta menabur banyak janji kpd rakyat. Tetapi nampaknya semakin banyak janji yg ditabur, makin kurang pula sokongan rakyat yg diterimanya. Generasi muda & golongan profesional masih kuat memihak kpd PR. 

Kakitangan kerajaan & swasta juga seperti terbahagi dua,masih ramai yg sayang pd UMNO tetapi yg semakin menyampah juga makin membesar. 

Pengundi bukan Melayu khususnya Cina seperti sudah menetapkan pendirian yg kukuh utk menumbangkan

No comments:

Post a Comment