Friday, September 21, 2012

Alamak!! Demonstrasi Jalanan Dah HALAL!!! +Video

Najib mahu orang ramai sokong demo jalanan esok!  
SALAH satu ungkapan yang sangat popular keluar dari mulut Perdana Menteri, Najib Razak sebelum ini ialah, "demo jalanan bukan budaya kita" selain sebuah lagi ungkapan yang dikeluarkan beliau jika rakyat meminta hak mereka, "negara akan bangkrap".
 Tapi hari ini Najib menyokong demo jalanan yang dianjurkan oleh Pemuda Umno bagi membantah filem anti Islam, "Innocence of Muslim" esok. 

Malah beliau turut menyeru orang ramai agar menyertai demo jalanan tersebut [Sinar]. 
 Kalau orang lain buat demo jalanan, macam-macam keluar dari mulut Najib dan gerombolan Umno. Jalan sesaklah, peniaga rugi juta-jutalah, negara huru haralah. Tapi bila Pemuda Umno buat demo jalanan, Najib siap suruh orang ramai sertai. 

 ReJaM© secara peribadi turut menyokong tindakan Najib mengajak rakyat turun ke jalanraya untuk membantah filem anti Islam tersebut. Apa yang jelas, demonstrasi atau perhimpunan aman seperti ini merupakan hak asasi rakyat yang termaktub dalam perlembagaan. 

Maka rakyat berhak berhimpun secara aman. Kisah mengarut, peniaga rugi, negara huru hara, demo bukan budaya kita, itu semua cerita bohong Najib dan konco-konconya. 

 Oh ya, Fatwa "Haram" umat Islam sertai demonstrasi jalanan juga sudah selamat dicampak ke longkang kah kah kah... 
Puak sekutu APCO dikatakan akan mengadakan perhimpunan di Masjid Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat. Tidak kisah berapa ramai yang akan hadir kerana yang penting keikhlasan dan konsisten kita mempertahankan kesucian Islam. Puak yang tidak konsisten itu memang patut berada berasingan kerana 'syaitan yang dikenali' tidak patut berada bersama saf yang mahu mempertahankan Islam.- MK

 ReJaM© "Kenapa Pemuda Umno tak demo dalam stadium? Kah kah kah... "

No comments:

Post a Comment