Saturday, August 11, 2012

Tutup Jalan 8pg - 12mlm??? KL tak SESAK ke???

Tentu Anda masih ingat kecaman dari media UMNO/BN terhadap perhimpunan BERSIH antaranya : Kesesakan Lalu Lintas Di KL Akibat Bersih 3.0, BERSIH 2.0 – KL sesak angkara rancangan perhimpunan kumpulan haram BERSIH, Pengusaha teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor mengalami kerugian kerana operasi teksi tidak dapat berjalan akibat banyak jalan ditutup dan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di Kuala Lumpur dan sebagainya...

Sebahagian Jalan Raja, KL ditutup

Ogos 11 2012 Sebahagian laluan Jalan Raja di hadapan Panggung Bandaraya akan ditutup kepada semua lalu lintas (Sabtu, 11 Ogos) bermula 8 pagi sehingga 12 malam. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan laluan tersebut adalah bersempena Majlis Berbuka Puasa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan pada hari tersebut. Kenderaan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak tidak dibenarkan memasuki Jalan Raja pada tarikh dan waktu tersebut. - Bernama