Thursday, August 30, 2012

TANAH MELAYU AKAN HILANG??? keretapi dia punya..pelabuhan dia punya kapal dia punya..wahhh..suma dia sapu la..huhuhu


APAKAH SATU-SATUNYA TANAH MELAYU YANG TINGGAL AKAN HILANG....SAMA-SAMA KITA TUNGGU...KUIKUIKUI 

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) hari ini menggesa kerajaan menolak cadangan MMC Corporation Berhad untuk mengambil alih Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
 


usin kata;..
huhuhu..mudah saya dia kira-kira..mengapa MMC terliur dengan KTMB..huhuhu.. almaklumlah..KAPITALIS YANG UNGGUL PERLU BIJAK UNTUK MEMASTIKAN DIA BERADA DITEMPAT YANG BETUL..MASA YANG BETUL..DAN MMC DH NAMPAK APA YANG BAKAL DILAKUKAN ..dengan mengambil alih KTMB.. 

Kita semua amat maklum..projek landasan keretapi berkembar di semenanjung barat Malaysia hampir siap..maka MMC mahu monopoli pergerakan keretapi dari utara sampai selatan..apa yg difahami..

Pelabuhan Tanjung Pelepas diuruskan oleh MMC..malah MMC juga memiliki bisnes perkapalan..dengan ini bila keretapi dia punya..pelabuhan dia punya kapal dia punya..wahhh..suma dia sapu la..huhuhu....

berapa sangat dia nak bayar kat kerajaan utk amik alih keretapi..untung berlipat kali ganda dok tunggu dia..huhuhu.. 

Geng kesatuan pekerja KTMB bukan saja akan terjejas jika amik alih ini berlaku..malah..silap hari bulan tambang keretapi utara selatan pon turut naik selari dengan keuntungan yg ingin dikecapi oleh MMC.. 

Ada baiknya biarkan pengurusan KTMB skrg ini membuktikan kemampuan mereka...saya percaya..bukan saja kebajikan pekerja KTMB bertambah baik malah rakyat juga bakal menikmati keselesaan dan kemudahan yang akan diberi oleh KTMB setelah..KTMB dapat membuat untung yang banyak setelah siapa projek landasan berkembar itu.. 

Malah harapan utk melihat sistem pengangkutan awam (keretapi) mencapai standard negara maju bakal terlaksana..apabila (untung)KTMB milik rakyat ini kembali kepada rakyat(kemudahan).. Klik SINI


Berita Selanjutnya :
Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata kerajaan harus membenarkan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir yang baharu dilantik menjalankan tugasnya terlebih dahulu sebelum membuka peluang pengambilalihan kepada MMC. 


"Mengapa tidak ditunggu dan diberi peluang kepada Elias untuk melaksanakan pelan pembaharuannya," katanya pada sidang media, di sini. 

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini yang antara lain menyebut MMC telah menyerahkan cadangan pengambilalihan KTMB kepada kerajaan. 

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata persatuan itu bimbang jika KTMB diambil alih MMC, kebajikan pekerja syarikat kereta api negara tersebut akan terjejas. "Sebanyak 60 peratus kos dilabur untuk kebajikan pekerja KTMB, kalau mahu menukar KTMB menjadi satu entiti yang menguntungkan, syarikat korporat ini terpaksa memotong kos dan separuh daripada pekerja KTMB mungkin terpaksa dibuang," katanya. 

Beliau juga menegaskan KTMB menawarkan perkhidmatan berasaskan tanggungjawab sosial, bukan satu entiti bertujuan keuntungan seperti yang mahu dilakukan MMC. 

Sehubungan itu, Abdul Razak berkata KPPKTMB) merancang mengadakan perhimpunan bagi membantah cadangan tersebut pada 12 Oktober ini di pekarangan ibu pejabat KTMB di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment