Thursday, August 9, 2012

Betuii kah Mufti Pahang kata haram dan berdosa sokong BN??... +Video

BACA laporan Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik. Mufti Pahang kata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.
 
Sudah terang lagikan bersuluh, parti manakah yang selama ini menentang penubuhan Negara Islam dan menolak Hukum Hudud? 

 
Lihat video di bawah ini rakaman kenyataan Najib Razak yang memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum Hudud kerana ia tidak berpaksi kepada realiti.
   
 Tanpa rasa bersalah Najib menolak Hukum Hudud secara terang-terangan malah mendapat liputan seluruh Malaysia melalui Buletin Utama TV3. 

Meskipun Mufti Pahang tidak menyebut secara langsung, namun jelas dan nyata Barisan Nasional adalah parti yang menolak hukum Hudud secara terang-terangan dan termasuk di dalam parti yang haram dan berdosa untuk disokong. 

ReJaM© "Haram sokong BN macam makan babi kah kah kah... "