Friday, August 17, 2012

Kisah Sapa buat SPIN dan Pengakuan Nasha 'Saya tidak ada niat masuk Umno' +Video

Nasharudin Mat Isa
Nasa cuba perbodohkan orang Pas 
Saya cuma nak tanya adakah Nasharuddin Mat Isa berjumpa Najib di Mekah tanpa merujuk dan beritahu kepada parti yang beliau adalah sebagai ahli majlis Syura hingga timbul pelbagai spekulasi?

Takkan perbincangan ummah yang dia kata tu hal peribadi beliau dengan Najib dan ulama lain di seluruh dunia? Bolehkah beliau sebagai ahli majlis syura Pas Pusat buat apa pun tanpa merujuk kepada pihak tertinggi Pas? 

Mari kita baca apa kata Nasa ; Nasha tolak andaian akan sertai Umno 
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para ulama di Mekah, Arab Saudi baru-baru ini tidak sedikitpun menyentuh soal Umno atau PAS, kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu, ia perbincangan mengenai ummah. "Itu yang saya hairan sejak dulu bila ada saja pertemuan, hujahan timbul yang saya akan meninggalkan PAS dan masuk Umno. 

"Saya cabar, di mana saya pernah buat kenyataan akan meninggalkan PAS atau masuk Umno?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba dari Jeddah. Beliau berkata demikian sebagai mengulas teguran beberapa pihak dalam PAS selepas akhbar tempatan menyiarkan gambar beliau menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Mekah. Nasharudin hari ini menasihatkan mereka yang membuat tuduhan dan andaian tidak betul mengenai pertemuan di Mekah itu supaya bertaqwa kepada Allah dan banyak beristifar khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. 

Katanya beliau dijemput ke Mekah dengan visa khas oleh kenalannya yang merupakan ulama di Arab Saudi sempena 10 malam terakhir Ramadan, dan kesempatan itu digunakan oleh para ulama berkenaan untuk bertanya bolehkah diatur pertemuan dengan perdana menteri. "Saya hubungi pejabat perdana menteri, mereka kata boleh, sebab itulah pertemuan itu diadakan," katanya dan menambah perbincangan yang antara lain menyentuh isu Syria dan Rohingya itu diadakan di sebuah villa kenalannya yang terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram. 

Menurutnya para ulama itu menyebut mengenai peranan yang boleh dimainkan dan pelbagai kejayaan yang dicapai Malaysia, di samping berpesan supaya perdana menteri memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam. 

"Persoalan saya ialah adakah perbincangan mengenai penyatuan ummah itu satu jenayah? Yang menariknya tiba-tiba saya dikaitkan akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno," katanya. 

Katanya beliau menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai 'saudara seiman' termasuk pemimpin serta anggota Umno, dan mereka yang bukan Islam adalah sebagai 'saudara seinsan'.-Bernama/malaysiakini 

Putar jangan tak putar.
Tapi belum buka mulut lagi dah tahu dah ni ayat untuk penyedap rasa.Hanya yang lemah otak saja tertipu dan terpedaya.

Saya teringat Hasan Ali yang nafi akan masuk Umno tapi buat kelaku macam Umno akhirnya Hasan Ali kini yang dah kena pecat kembali ke lubuk asal beliau sebagai ahli panel di RTM1. 

Orang yang jadi taik candu dan kaki hisap dadah kalau kena tangkap dengan polis mampoih tak mengaku kata dia hisap dadah.Tapi bila buat ujian air kencing dan didapati positif dadah barulah dia mengaku kata dia taik dadah dan candu.Sedap ke sheikh jadi penagih candu kepada parti Umno? -MISAIMERAH
Apa Bezanya Najib ...
Mufti Pahang



Sapa buat spin? Najib atau Nasha?

Nasha kata, depa berjumpa untuk nak berbincang tentang Syria dan Rohingya. Nak tolong Rohingya pun Najib kena bincang dengan Tok Arab dari Saudi ka? Perdana Menteri Turki dengan isterinya dah sampai pun ke sana, Najib baru nak jumpa Tok Arab untuk berbincang? Aku kata Najib minta tolong Mufti Mekah…tapi aku salah. 

Kalau ikut Nasha, Tok Arab tu yang mintak nak jumpa. Apakah Tok-tok Arab tu mintak untuk berjumpa hanya untuk memuji tentang macam mana bagusnya Malaysia? Adakah Tok Arab tu mintak nak jumpa Najib hanya untuk bagi tau kat dunia bahawa Malaysia sebagai model negara Islam tersohor didunia? Apa yang diceritakan oleh Nasha..tak diceritakan oleh Najib. Apa yang dikatakan oleh Najib, tak diceritakan oleh Nasha. *** - Klik SINI  

Berikut adalah video penjelasan Nasharudin tentang isu ini..
Nampak contras lah dua kenyataan ni.. 

2:40.. Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekkah dengan beberapa orang ulamak di Mekkah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC, saya dijemput ke Mekkah dengan visa khas selepas YAB Perdana Menteri bersetuju untuk menemui ulamak-ulamak tersebut.. 

5:15.. bukan Datuk Najib yang pilih saya.. saya dipanggil oleh Ulamak di Saudi.. Kenalan.. saya mempunyai beberapa kenalan di..di.. beberapa ulamak di Mekkah itu.. saya baru saja pulang dari Umrah sebenarnya.. Atau aku yang keliru... - Anak Sungai Derhaka 

Ulasan GB 
Pertama, Nasharudin menjelaskan beliau telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di tanah suci bersama dengan Perdana Menteri bersempena dengan persidangan khas OIC. 

“Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. 

Jika hal yang di luar urusan parti boleh diuruskan dengan baik, mengapa hal yang menjadi amanah parti kepada kamu tidak kamu tunaikan? “Surat untuk Ustaz Nasaruddin dah bertimbun di pejabat PAS Bachok, beliau tak datang dan tak jenguk pun,” Itu belum lagi kegagalan kamu untuk hadir di dalam mesyuarat PAS Pusat yang kamu adalah salah seorang AJKnya sepertimana yang pernah didedahkan oleh Setiausaha Agong tidak berapa lama dulu! Mengapa amanah umat Islam dan ahli PAS kepada kamu tidak ditunaikan? 

Apakah Presiden PAS atau Setiuasaha Agong kena menyampaikan "visa khas" supaya hadir maka barulah kamu akan hadir? Justeru itu, kami ahli-ahli PAS pula kini menyeru, ittaqillah! ittaqillah! ittaqillah! 

Kedua: Pendirian Nasharuddin lain dulu lain sekarang 
Ketiga: Persoalan niat. 
GB sudah ulas dahulu. Petikan: Benar bahawa setiap amal itu bergantung kepada niatnya. tetapi "niat" saja tidak memadai jika amalan perbuatan dan tindakan kita tidak seiring dengan niat tersebut. 

GB rasa Ustadz Nasha lebih maklum berkenaan hal tersebut. Sewaktu peristiwa isra mikraj Rasulullah telah diperlihatkan tentang beberapa orang yang menerima balasannya di dalam neraka. Jibril memberitahu baginda bahawa "itulah keadaan orang-orang yang niatnya baik tapi amalnya jahat".

Niat Ust. Nasha baik, tiada terlintas untuk memasuki UMNO. Tetapi tidakan beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media pro-UMNO (kemudian dimanipulasikan) menimbulkan fitnah yang besar kepada jemaah itulah yang merosakkan. 

Tak termasuk lagi dengan pertemuan yang mencurigakan dengan para blogger UMNO bersama-sama dengan Hassan Ali satu ketika. Ia bukan lagi satu rahsia. Itulah yang melahirkan fitnah untuk jemaah PAS. 

Kali pertama GB berkesempatan untuk mengenali secara terus Ust Nasha ialah di satu pilihanraya kecil dimana GB berkesempatan bersama-samanya berjam-jam lamanya (Ust Nasha tidak mengenali dan menyedari bahawa yang mengatur dan menemaninya di sebuah bilik gerakan ketika itu ialah blogger kecil bernama GB). 

Di dalam satu aktiviti yang diaturkan untuk kami iaitu pertemuan dengan penduduk kampung di sebuah restoran yang dihadiri sama oleh Datuk Mahfuz Omar, GB duduk bersebelahan dengan Ust Nasha. Ketika itu ramai wartawan membuat liputan. Dan diperlihatkanlah kepada GB bahawa rapport (hubungan) Ust Nasha dan para wartawan media pro-UMNO memang baik. 

Ia bukan satu kesalahan, malah ia boleh menjadi sesuatu yang baik jika kita dapat menggunakan kelebihan itu untuk sesuatu yang baik. Kelemahan ketara yang GB lihat ialah Ust Nasha akan memberi responsnya kepada semua soalan wartawan, yang kemudian responsnya itu dilaporkan secara tidak betul di dalam akhbar keesokan harinya. 

Dan itulah yang berlaku selama ini. Jangan lupa bagaimana kenyataan-kenyataan Ust Nasha semasa muktamar diputarbelitkan oleh para wartawan (jika bukan para wartawan maka sang editornya) sehinggakan jemaah PAS bergolak sakan lantarannya ketika itu. 

Sudah seringkali dinasihatkan oleh pemimpin tertinggi parti terutama oleh Mursyidul Am PAS sendiri, TG Nik Aziz supaya berhati-hati dengan corong mikrofon media pro-UMNO, tetapi masih kerap pemimpin PAS terjebak dan tertipu dengan keghairahan untuk mendapatkan publisiti. - Greenboc