Tuesday, August 28, 2012

Isu Malaikat dan Syaitan : Haron Din BIDAS Mahathir

Syaitan: Dr Haron Din sanggah Dr Mahathir 
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata ‘berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali’.
Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka. 

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu. 
“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah. HD
Haron Din: 'Tun Mahathir harus bertaubat' 
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya

 
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi 'Better the devil you know than the angel you don’t' yang membawa maksud lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap. 

Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan. “Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. 

Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan. “Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka

Selain itu, sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dalam tempoh yang lama, adalah tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu. “Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH,” katanya. 

Pada 22 Ogos lalu, dalam entri blog Dr Mahathir di chedet.cc/blog/ bertajuk ‘Change’ atau ‘berubah’ ada menyebut ‘lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali’ yang menggesa pembaca supaya tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama. 

Pada sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, syaitan yang dimaksudkannya dalam blog itu merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). SH

TOLAK RUKUN IMAN ? TERUK DAH NI 

didalam rukun iman kedua.... percaya pada malaikat... 
antara sifat malaikat yang wajib dipercayai, adalah, malaikat tidak pernah melakukan kesilapan, taat dan patut pada setiap perintah Allah...

kalu dah patuh setiap perintah Allah, bila masa malaikat buat silap? 
tiada sifat tercela bagi malaikat didalam islam kecuali agama selain islam... madet sudah tolak rukun iman.. apa agama medat sekarang? 

madet berfikiran seperti agama lain, dan kemungkinan lepas ini madet akan cakap, malaikat bercinta pula..angel and devil make love..sebijik macam orang kafir... 

tapi apa pun madet cakap lepas ini, pancacai umno tetap sokong, sebab mereka juga sesat seperti madet -- Miji Tan

No comments:

Post a Comment