Thursday, August 9, 2012

Islam Agama Rasmi : Ni Pengakuan DAP +Video


Umno Perlu Perjelas Dasar Bukan Hasut Rakyat, Kata Anwar PETALING JAYA 9 OGOS : Umno-BN kini memulakan kempen pelampau agama melalui akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa haram dan berdosa menyokong DAP, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Anwar, Umno-BN sepatutnya memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan negara serta memperjelas dasar masing-masing dan bukannya memainkan sentimen agama dalam menghasut rakyat Beliau yang juga Ketua Pembangkang menambah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyebut jangan menggunakan agama demi kepentingan politik namun media Umno-BN terus menghebahkan hukuman untuk menyinggung kedudukan PAS. 

“Kita memandang berat kempen ini yang dimulakan Umno menggunakan medianya Utusan termasuk menghukum haram dan berdosa untuk menyokong DAP kerana DAP tidak sokong negara Islam dan hudud padahal MCA juga tidak menyokong perkara sama. “Bahkan Umno sendiri mengikut surat Dr Mahathir (Mohamad) kepada kerajaan Kelantan menolak kemungkinan melaksanakan hudud di Malaysia manakala pada 29 September 2011, Najib memaklumkan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia selagi beliau menjadi Perdana Menteri,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR. 

Utusan semalam melaporkan, haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong DAP yang menentang hukum hudud dan negara Islam berdasarkan kenyataan, Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah. Jelas Anwar lagi, Pakatan Rakyat tetap kekal dengan pendirian untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Islam kekal sebagai agama rasmi. 

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, laporan Utusan berkenaan jelas berbentuk hasutan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimpulkan konflik agama di negara ini. Menurut beliau, satu laporan polis terhadap Utusan dibuat oleh pimpinan DAP di Perak dan Pulau Pinang berhubung perkara berkenaan. “Isi kandungan (laporan Utusan), DAP menentang perlembagaan khasnya mengenai kedudukan agama Islam. Itu tidak benar. 

Pendirian kita adalah terima dan hormat peruntukkan Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi. “Pendirian kita tidak berubah Malaysia sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi. 

Sebenarnya kedudukan yang dibuat DAP tidak berubah dengan kedudukan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. “Mereka sangat jelas menyatakan bahawa Malaysia mengikut Perlembagaan sebagai sebuah negara sekular tetapi sangat jelas Islam sebagai agama rasmi. 

“Ini merupakan langkah terdesak segelintir pemimpin BN yang mungkin akan hilang kuasa. Adakah mereka ingin buat konflik agama di Malaysia? Perdana Menteri perlu minta Utusan hentikan (perkara ini),” ujar beliau.

UMNO tolak hudud, MCA hina hudud, mengapa DAP dijadikan sasaran?

Oleh Izmil Amri 1 July 2012 
Hudud dijadikan isu politik DAP mempunyai pendirian tersendiri tentang hudud atas dasar ideologinya sendiri serta kontrak sosial Merdeka yang kini dijelmakan sebagai Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui bersama tokoh-tokoh kemerdekaan dari kalangan Islam dan bukan-Islam pada 1950-an dahulu. Namun, propaganda UMNO-Barisan Nasional sengaja dijadikan senjata menyerang DAP yang seringkali disalah erti, dek kerana prejudis masyarakat ramai terhadap parti itu yang dikatanya sosialis dan menolak agama. 

Sehingga ramai yang tidak sedar bahawa DAP adalah parti yang terbuka kepada semua kaum dan penganut agama, asalkan jiwanya bersifat demokratik, yakin kepada keadilan, memperjuangkan kebebasan, hak asasi manusia dan peluang saksama. Walau apa pun alasannya, UMNO terang-terangan tolak hudud.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassincuba berpusing-pusing tapi yang nyata, beliau menjelaskan BN tidak akan melaksanakan hudud. MCA tambah menghina hudud. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menyebut bahawa hudud akan membawa Malaysiake zaman kuno dan menakutkan pelabur asing. Persoalannya, jika jelas UMNO dan MCA bersekongkol menolak hudud, mengapa DAP yang menjadi sasaran? 

Mengapa orang Islam yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hudud tidak bertanyakan soalan yang sama ini pada setiap kali ada wacana, dialog, ceramah atau apa sahaja acara kepada para pemimpin UMNO-BN? 

Pendirian DAP jelas nyata, tiada dolak dalik. Malah DAP berani menganjurkan wacana dan dialog walau pun disedari soalan-soalan yang susah akan dilontarkan. Kenapa Presiden UMNO Najib Razak tak mahu anjur wacana supaya orang ramai boleh bertanya soalan-soalan susah kepadanya pula? 

Lagikan ditanya tentang Scorpene dan Altantuya sudah ditepis soalan itu jauh-jauh. Inikan pula nak ditanya tentang hudud dan siyasah syar’iyah. - Roketkini.com
MCA, DAP dan Islam 

Begitu juga baru-baru ini apabila telah diadakan debat di antara CSL dan LGE. 

Di antara serangan CSL terhadap LGE ialah kononnya bagaimana DAP dikudakan PAS. Dalam ucapan CSL beliau telah menyatakan bagaimana MCA telah berjaya memastikan UMNO tidak membawa isu perundangan Islam dan hudud! 

Beliau seterusnya mencabar LGE samada DAP sanggup membuat perkara yang sama terhadap PAS! Sekiranya tidak, maka kononnya ianya bukti bahawa DAP tunduk pada PAS. LGE menjawab bahawa DAP tidak akan mengganggu ummat Islam dan amalan agama mereka sepertimana PAS juga tidak mengganggu orang bukan Islam dan amalan agama mereka. 

Sikap menghormati Islam dan ummat Islam telah kerap dizahirkan oleh DAP kebelakangan ini. Ini termasuklah dasar-dasar yang dilaksana di Pulau Pinang di mana bajet untuk pentadbiran agama Islam telah dilonjakkan hampir 5 kali ganda dan bantuan terhadap sekolah agama Islam dan Maahad Tahfiz jauh melebihi apa yang pernah diberikan oleh BN sebelum ini. 

Fakta sebegini tidak ditonjolkan media perdana yang dikuasai UMNO/BN. Media UMNO/BN ingin terus membohongi rakyat, khususnya orang Islam. Apabila ditanya oleh pemberita akhbar Cina mengapa LGE memberi sumbangan yang begitu banyak kepada pendidikan agama Islam di Pulau Pinang, termasuk sumbangan wang kepada golongan murid yang berjaya menghafal Al-Quran, LGE menjawab, “Apabila ummat Islam berpegang kepada ajaran agama Islam, mereka tidak akan terlibat dalam rasuah”. khalid Samad - Harakahdaily.net

Inilah Dia Kenyataan DAP Kepada Umat ISLAM Di Malaysia....!  
UMNO Atau DAP yang kianati  raja-raja Melayu