Wednesday, August 29, 2012

Ibrahim Ali dan Pencacai UMNO nak kata apa? Tak hairanlah BN dinamakan sebagai parti syaitan yang dikenali"

Kompom tak ada laporan polis
PM perlu perjelas tindakan upah pro Zionis

PKR mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sebab pentadbirannya mengupah perunding yang didakwa pro-Zionis untuk melonjakkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan sepatutnya menghentikan khidmat bekas kolumnis The Guardian Amerika Syarikat, Joshua Trevino sejak dahulu lagi.

Ini kerana Joshua adalah seorang konsultan untuk FBC Media yang didakwa dikenali dengan pendirian pro-Zionisnya, kata Saifuddin dalam kenyataannya hari ini. "Maka adalah ganjil apabila kerajaan mengupah konsultan ini tetapi pada masa sama menuduh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ahli politik yang pro-Israel," kata Saifuddin. 

Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar FBC Media RM84 juta (19.6 juta Euro) untuk kontrak tiga tahun bermula 2007 untuk "memperbaiki profil Malaysia di peringkat antarabangsa".-Malaysiakini 

Perkasa dah hilang taring,Jati Tiga Jalur yang baru lahir terkejut sebab Tun Madey kata BN parti syaitan yang dikenali, Pewaris dah lama berkubur jadi siapa lagi yang akan buat laporan polis. Dah banyak makan hasil air tangan dan buah fikiran Zionis tak hairanlah BN dinamakan sebagai parti syaitan yang dikenali. - Misai Merah

Guardian pecat penulis dikaitkan dengan Malaysia 
LONDON: Penulis Anti-Islam dan pro-Zionis yang berbangsa Amerika, Joshua Trevino (gambar), yang mengkritik pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah dipecat dari menjadi kolumnis oleh suratkhabar harian Britain, The Guardian. 

Dalam satu kenyataan bersama mengumumkan berita tersebut, akhbar itu berkata Trevino telah melanggar kod editorial, satu peraturan yang memerlukan penulis untuk mendedahkan apa-apa kepentingan kewangan yang berkaitan dengan subjek yang ditulis. 

Februari lalu, Trevino telah menulis satu artikel bertajuk "Peter King mempunyai telinga, tetapi adakah dia mendengar?" di mana beliau sekali lagi menunjukkan pandangan sayap kanan dan anti-Islamnya yang melampau, menyerang pertubuhan-pertubuhan Islam di Amerika Syarikat sambil memuji Najib untuk kritikan beliau terhadap Ikhwanul Muslimin di Mesir yang mula memegang tampuk pemerintahan awal tahun ini. 

The Guardian berkata mereka mendapati bahawa penulis yang berpusat di Texas itu adalah perunding bagi agensi yang mempunyai kepentingan perniagaan di Malaysia. Mereka juga mendapati Trevino mengusahakan sebuah laman web yang dipanggil Malaysia Matters

Walaupun entiti itu tidak dikenal pasti, tetapi ia dipercayai sebagai FBC Media, sebuah syarikat yang terlibat dalam skandal media yang dikaitkan dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) tahun lepas. "Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya didedahkan sebelum artikel itu diterbitkan dalam usaha untuk memberikan penjelasan penuh kepada pembaca kami," kata Janine Gibson, ketua editor Guardian Amerika Syarikat. 

Dalam artikelnya, Trevino adalah dalam elemen tipikal beliau mengkritik pertubuhan-pertubuhan Islam Amerika dan menyatakan rasa tidak puas hati bahawa Washington tidak pernah tegas dengan "radikalisasi Islam". Tetapi penyokong kuat parti Republikan yang berkhidmat sebagai penulis ucapan untuk Presiden George Bush itu memuji Najib. 

Najib dan Trevino telah berjumpa sebelum ini dan berbincang di Istanbul mengenai Islam dan demokrasi. Dalam perjumpaan itu, Najib membayangkan bahawa Ikhwanul Muslimin di Mesir sebagai "ganas", tuduhan biasa yang dilemparkan bekas diktator Mesir Hosni Mubarak dan sekutu Barat terhadap kumpulan Islam yang pernah diharamkan itu. 

"Ikhwan, kata PM," Trevino memetik kata-kata Najib, "tidak harus menjadi sebahagian daripada proses [demokrasi] selagi mereka tidak menolak keganasan dan ekstremisme.

Sesiapa yang mahu menjadi sebahagian daripada proses politik harus mengamalkan nilai-nilai yang serasi dengan demokrasi, "katanya. "Itulah ketua negara Islam yang demokratik menegaskan beberapa prinsip asas Burkean," tambah Trevino. 

Trevino, yang secara terbuka memuji tentera Israel yang membunuh peserta konvoi bantuan Flotila pada tahun 2010, telah banyak kali bercakap menentang liputan media Barat dalam tuduhan liwat terhadap Anwar, berkata tiada sebarang unsur politik mengenai pendakwaan tersebut./HarakahDaily

No comments:

Post a Comment