Monday, August 13, 2012

Hudud : Beza UMNO dan DAP

PAS: DAP tak pernah bawa hudud ke mahkamah  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang menghairankan.

Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam

 
Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan, kata Abdul Hadi. "Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak. "Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah. "Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu. 

Isu tersebut timbul ekoran laporan Utusan secara berturut-turut minggu lalu yang mendakwa haram bagi orang Islam menyokong DAP. Laporan itu antara lainnya menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud." Laporan yang memetik kenyataan seorang guru pondok itu ditangkis pemimpin Pakatan, antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kempen pelampau agama. 

Anwar juga berkata, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud. Kenyataan itu disambut Mahathir yang berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya. Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya. MK

Hudud: Umno perlu tunjuk contoh baik 
DAP berhak menyatakan pendirian termasuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam terutama oleh Pengerusinya, Karpal Singh bukan sesuatu yang menghairankan kerana Karpal dan majoriti ahli serta pemimpin DAP bukan beragama Islam. 
Hudud: DAP sedia muzakarah
Dalam nada sinis, Abdul Hadi berkata, Umno yang hampir kesemua ahlinya beragama Islam, pun juga sudah lama menolak hudud. “Umno menentang hudud dalam keadaan dia (Umno) ada kuasa (membenarkan atau tidak hudud dilaksanakan). DAP tidak ada kuasa dan yang ada kuasa adalah Barisan Nasional (BN). (Dengan kuasa yang ada padanya) Kerajaan Pusat pernah hantar surat kepada Kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksanakan hudud, Kerajaan Pusat akan bertindak. Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bawa hudud ke mahkamah. Umno tolak hudud sebelum Pas berpakat dengan DAP lagi,” katanya di sini, semalam. 

Menurut Abdul Hadi, itu jelas menunjukkan bahawa isu penolakan hudud oleh DAP semata-mata digembar gembur oleh media tertentu untuk menunjukkan kepada rakyat seolah-olah berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR). "Kita kesal kerana gembar-gembur seperti ini sekali gus memberikan gambaran buruk terhadap Islam sendiri," katanya. 

Meskipun demikian, kata Abdul Hadi, sebagai rakan sekutu dalam PR yang memperjuangkan pemerintahan Islam, Pas akan terus berusaha menjelaskan kepada pemimpin DAP termasuk Karpal mengenai prinsip keadilan dalam undang-undang jenayah Islam itu. "Orang bukan Islam, dia tidak tahu, jadi tanggungjawab kita untuk terang pada dia," katanya. 

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pernah dilaporkan berkata, individu pertama menghalang Kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan Karpal Singh. 

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Islam menerangkan kepada bukan Islam mengenai hudud dan aspek keadilan sosial dalam agama suci itu namun kerajaan yang ditunjangi Umno ebaliknya tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat ALLAH. “Kena ada negara Islam yang betul-betul melaksanakan syariat, yang menunjukkan Islam adil kepada semua orang. Baru tahu siapa lawan, siapa kawan. 

Umno tidak menunjukkan contoh yang baik tetapi Umno sering memberikan gambaran buruk mengenai Islam dalam menyatakan penolakannya terhadap perjuangan Pas. “Pemimpin Umno merosakkan wajah Islam sehingga ada orang Islam sendiri menganggap politik suku agama suku. Parti itu juga menganggap pentadbiran tidak ada kena-mengena dengan agama, buat rasuah kemudian pergi umrah,” katanya. 

Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin Umno menunjukkan contoh yang baik dalam memberikan kefahaman mengenai Islam sebenar yang diajar oleh Nabi Muhamad SAW kepada orang Islam sendiri, juga kepada bukan Islam. 

Dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian semalam, Dr Mahathir menafikan anti Islam seperti yang didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak melaksanakan hukum hudud pada zaman pemerintahannya. Menurutnya, ketika era pentadbirannya, Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam dan beliau tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut Pas dan tindakan itu tidak boleh disamakan dengan DAP. 

REAKSI PEMIMPIN PAS:
Mengikut hukum Islam, penganut agama lain boleh tolak hukum Islam, namun orang Islam tidak boleh lari daripada hukum ini yang telah tercatat dalam al-Quran. Sebab, itu Pas mengatakan akan melaksanakan hudud terhadap orang Islam sahaja. Kalau DAP sebagai sebuah parti mahu menolak hudud, ia tidak jadi masalah kerana hudud hanya akan dilaksanakan kepada umat Islam dan DAP tidak terikat dengan hukum ini kecuali kalau mereka mahu menerima hukum itu, kita kena lakukan.” - Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin 

"Pas hormati pandangan dan hak agama lain seperti mana Islam yang tidak memaksa orang bukan Islam menganutnya. Orang bukan Islam memang tidak boleh dipaksa untuk menerima Islam kerana perkara itu telah dijelaskan dalam al-Quran. Ini termasuk dalam isu hudud. Sebaliknya Umno yang harus malu kerana menolak pelaksanaan hudud. DAP menolak hudud bukanlah sesuatu yang pelik tetapi apabila Umno, sebuah parti orang Melayu beragama Islam enolak hudud, itu baru pelik.” - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin 

"Sebagai kerajaan pemerintah, Umno tidak berjaya memberi penerangan yang tepat mengenai Islam kepada bukan Islam. Maka tidak hairanlah ada pihak yang mempunyai tanggapan yang negatif terhadap hukum Islam, malah ada yang menolaknya. Selama lebih 40 tahun, Umno terus menerus memburuk-burukkan hukum Islam contohnya ada pemimpin Umno yang kata, kalau laksana hudud negara tidak akan maju sebab ramai orang tidak ada tangan. Sebagai parti Islam, Pas akan teruskan usaha memberi penerangan mengenai keindahan Islam yang tidak dilakukan oleh Umno." - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad 

"Walaupun DAP tidak setuju dengan hudud, parti itu tak pernah memerangi atau menentang Islam. Bukan DAP saja, MCA pun tolak hudud malah Umno sendiri juga tak terima hudud. Orang bukan Islam macam DAP memang berhak olak hudud tetapi yang Umno tolak hudud itu, pasal apa pula? Sebagai parti Islam, kita (Pas) akan terus berusaha memberi gambaran jelas mengenai hudud kepada DAP supaya mereka tidak terus terkeliru mengenai undangundang Islam seperti sekarang. Kita akan cuba mendapatkan persetujuan DAP tetapi buat masa sekarang, mereka masih keliru." - Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad - SH