Thursday, August 23, 2012

Gempaq!! Azwan akan dedahkan rahsia Ummi dengan Najib


Azwan seperti mempunyai agenda yang tersirat apabila dia dikatakan akan mendedahkan ‘sesuatu’ selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.
 
Memetik kenyataan menerusi akaun Twitter milik Azwan, dia akan mendedahkan kenyataan adiknya, Ummi Hafilda berkenaan Najib pada petang 4 Mei lalu di rumah ibu mereka, Hajah Che Tom. 
Kenapa perkara tersebut perlu di canang selepas parlimen dibubarkan dan bukan sekarang? 

Nampaknya, pergeseran dalaman keluarga mereka semakin ‘hangat’. Namun, ramai yang sedia maklum bahawa Azwan merupakan artis yang penuh dengan pelbagai kontroversi dan tidak menjadi pelik jika isu sebegini timbul. 

Penulis sangkakan isu antara Ummi dan Azwan sudah selesai setelah mereka berdamai tempoh hari. Rupanya tidak! Sebelum ini, Azwan telah memohon maaf kepada Ummi pada 18 Januari 2012 setelah dia mengugut untuk membunuh dan membakar Ummi menerusi kenyataan twitter miliknya. 

Apa-apa pun, penulis akan meminta maklumbalas dari Ummi Hafilda dan Azwan Ali berkenaan isu tersebut. Jangan pula kali ini Azwan akan membuat kenyataan seperti dahulu yang mengatakan dirinya telah dihasut oleh segelintir pihak yang mempunyai agenda tersirat. - Sumber 

Slm. Ingat ya semua? Sebaik Najib BUBAR Parlimen? AA akan DEDAH APA UMMI Hafilda Cakap Pasal NAJIB ptg ptg 4 Mei 2012 di Rumah Mak Tom!