Thursday, August 30, 2012

Gabungan Janji teruskan perhimpunan di Dataran Merdeka

Angkatan Muda KEADILAN (AMK), akan menggerakkan anak muda seluruh negara untuk hadir ke Himpunan ‘Janji Bersih’ di Dataran Merdeka Kuala Lumpur & Di Seluruh Negara Pada 30 Ogos Malam Ini “Sambutan malam kemerdekaan bersekali sambutan hari raya.

Kita jangka kehadiran lebih atau menyamai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu,” kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin. 

Katanya, ancaman pihak tertentu untuk menyekat himpunan itu sesekali tidak akan mengubah hasrat mereka bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. 

LAGI DIUGUT LAGI MELAWAN
“Ugutan pihak tertentu mengancam bertindak agresif ke atas himpunan Janji Bersih tak menjejaskan semangat kami. Saya nasihat pada mereka, sila baca kembali proklamasi kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman. “Kata Tunku, Malaysia yang merdeka adalah negara yang adil, demokratik dan menjamin hak setiap warganya. Penyokong himpunan Janji Bersih faham pesanan ini. 

Tidak ada masalah. Ini tuntutan kita untuk sistem pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Shamsul. 

Gabungan Janji telah membaca kenyataan Menteri Kebudayaan dan Komunikasi Dato Sri Utama Rais Yatim tentang jemputan beliau ke Ambang Merdeka di Dataran Merdeka. 

Pada hemat kami kenyataan Rais mewakili Kabinet dan Kerajaan, Gabungan Janji mengalu-alukan kenyataan tersebut Gabungan Janji bagi pihak rakyat menjemput Rais untuk bersama-sama rakyat ke Dataran Merdeka dengan memakai baju kuning 

Walau bagaimanapun, Gabungan Janji gagal memahami kenapa Ketua Polis Negara dan OCPD Dang Wangi menganggap Gabungan Janji telah melanggar Akta Perhimpunan Aman

Kita yakin warga Malaysia berhak untuk berhimpun di ambang merdeka untuk merayakan merdeka tanpa memerlukan permit Justeru Gabungan Janji menjemput semua warga Malaysia untuk bersama sama ke ambang merdeka di Dataran Merdeka. 

Kami menyeru semua yang datang agar memakai baju kuning untuk mengingatkan kerajaan tentang janji janji yang masih belum ditunaikan 
Perincian program adalah seperti berikut: 
Tarikh: 30 Ogos 2012 
Masa: 11 p.m. [Tertakluk kepada perubahan] 
Tempat: Dataran Merdeka. 

Kami tidak akan mengganggu ambang merdeka dan perayaan hari merdeka tetapi bersama-sama rakyat Malaysia merayakan kemerdekaan
Gabungan Janji menekankan kepada sesiapa yang bersama kami di ambang merdeka : 
• Memakai kuning – Baju kurung, baju melayu, tudung 
• Tidak dibenarkan membawa sepanduk plekad atau slogan 
• Tidak dibenarkan melaungkan slogan atau ceramah politik 
• Sila bawa makanan untuk menjadikan acara lebih santai 

Gabungan Janji menekankan kehadiran kami di Dataran Merdeka adalah untuk menunjukkan komitmen kami terhadap demokrasi dan perayaan kemerdekaan  

Gabungan "JANJI BERSIH" Dipersetujui [Endorsed by]: 
1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 
2. Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) 
3. Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT) 
4. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) 
5. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 
6. EMPOWER 
7. Memacu Arus Perjuangan (MAP) 
8. Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM) 
9. Jingga 13 
10. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 
11. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS) 
12. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI) 
13. Pro-Mahasiswa NasionalAksi Mahasiswa Peduli (AKSI) 
14. Asalkan Bukan Umno (ABU) 
15. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat) 
16. KILL THE BILL 
17. WARGA AMAN 
18. SEED 
19. Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA) 
20. Angkatan Rakyat Muda (ARM) 
21. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) 
22. HIMPUNAN HIJAUSTOP LYNAS COALITION (SLC) 
23. Radio Bangsar Utama (RABU) 
24. UBU - Universiti Bangsar Utama 
25. Unit Ehsan Malaysia 
26. Alumnus Sekolah Politik (ASP) 
27. Agent of Change (AoC) 
28. Akademi Pak Sako (APS) 
29. Selamatkan Teluk Rubiah 
30. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM) 
31. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) 
32. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis) 
33. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) 
34. Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur / Selangor (KLSCAH) 
35. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI) 
36. Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) 
37. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR) 
38. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT) 
39. Kumpulan AL-FATEH Rompin 
40. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) 
41. Suara Makkal 
42. Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) 
43. Malaysian Youth Care Association (PERHATIN) 
44. Peoples' Welfare and Rights Coalition (POWER) 
45. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA) 
46. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI) 
47. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia

No comments:

Post a Comment