Wednesday, August 15, 2012

FREEMASON : SEKALI LAGI RAJA KATAK MENUNJUK KN BEBODOHANNYA PADA RAKYAT MALAYSIA +Video


Ibrahim Ali tanya Anwar: Anda Freemason? 
NGO pro-Melayu PERKASA menuntut ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sekiranya beliau merupakan individu yang disenaraikan sebagai pemegang jawatan dalam Freemason.
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mendakwa, satu kiriman faks kepadanya minggu lalu menyatakan bahawa seorang lelaki yang namanya sama dengan Anwar merupakan anggota kumpulan Freemason. 

Ibrahim berkata beliau tidak menuduh Anwar tetapi hanya meminta penjelasan. "Jika ini ialah Anwar Ibrahim lain, Alhamdulilllah," katanya yang berkata, Freemason merupakan pertubuhan yang dikaitkan dengan Zionis. 

Malaysiakini telah menghubungi Anwar untuk mendapatkan komen dan masih menunggu maklum balas beliau. Seorang pembantu Anwar, Najwan Halimi berkata perkara itu pada mulanya dibangkitkan oleh penulis blog Umno pada 2008 tetapi ia merupakan kes kesilapan identiti. "Anwar Ibrahim yang disenaraikan itu merupakan seorang lelaki Arab berperut buncit," kata pembantu tersebut. Mk 

Laman sesawang yang dirujuk oleh Ibrahim Ali itu sendiri sebenarnya telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim yang dimaksudkan bukanlah Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang parlimen Malaysia. 
 
Di bawah ini Anwar Ibrahim (lelaki paling kanan dalam gambar) yang dimaksudkan, seorang lelaki Arab berperut buncit gemuk pendek seperti Ibrahim Ali. 
Sumber Info : MiLo SuaM