Tuesday, August 7, 2012

Benarlah Umno itu sudah rotten to the core

Puak ekstremis dalam Umno telah menghasilkan satu video clip. Ianya sudah tentu ditayang diserata tempat. Penyibaran video clip ini tentu mengundang jawapan. Kalau Umno bersedia menyiarkan video clip tersebut, maka mereka juga harus bersedia untuk menerima tentangan.

Mulai hari ini kita akan mendedahkan hipokrasi Umno dan presiden Umno yang telah membeloti bangsa Melayu. Kita akan jawab satu persatu pembohongan dan hipokrasi Umno. 

Siapa kawan baik Najib? 
Towkay George Kent — seorang Cina Malaysia. Hari ini sudah terbukti bahawa Najib lah yang campur tangan supaya George Kent yang gagal pra kelayakan teknikal dan komersil mendapat kontrak RM1 billion lebih tersebut. Towkay inilah juga yang dikhabarkan membroker projek dwi jajaran/double tracking dari Gemas ke JB. 

Bukankah pemimpin Umno yang merosakkan bangsa Melayu? Melayu tetap Melayu, dan Umno hanyalah suatu diantara beberapa wadah perjuangan orang Melayu. Apabila wadah Umno sudah rotten to the core, maka bodohlah orang Melayu jika masih mahu bersama Umno. 

Siapa kawan baik Rosmah? 
Low Teik Jho, Robin Tan, Desmond dan Cindy Lim. Semua Cina Malaysia. Orang atas sekongkol dengan Cina, bikin wang banyak dan bersuka ria, rakyat bawahan dianjur supaya bergaduh dan berlawan. Umno telah jadi pakar dalam seni berlari bersama pelanduk dan pada yang sama memburu bersama anjing. 

Itu dia reality Umno. Sebab itu dalam tahun 2008, Umno hanya dapat 2 juta undi dari 5.7 juta pengundi Melayu. Orang Melayu tidak percaya kepada Umno dan Umno sukar mempercayai inilah hakikat nya sekarang. Dalam klip video yang di tunjuk, kita boleh patahkan dakyah puak Umno ini satu persatu. 

Sokongan Umno terhadap pembikinan filem “Tanda Putera” membuktikan bahawa filem ini dibikin untuk memecahbelahkan perpaduan dan harmoni rakyat. Kita tidak faham mengapa Umno tidak boleh faham bahawa hari ini, masyarakat enggan menerima hegemony Umno. Oleh yang demikian, perpaduan yang ditakrifkan oleh Umno, model ekonomi yang ditentukan oleh Umno, apa-apa sahaja yang Umno buat, orang tidak mahu terima. 

Jika orang tidak mahu terima, Umno tidak boleh paksa. Yang mahu mengikut Umno, kita tidak ada halangan. Apa yang kita minta ialah bersainglah dengan sihat. 

Baharu hari ini Najib bercakap Umno tidak pernah tidak adil dalam segi pemberian bantuan ke Kelantan. Kebanyakan kita dilahirkan pada waktu malam, tapi bukanlah malam semalam. Kalau malam semalam bolehlah Najib yang kurang cerdik ini kelentong dan gerumal kita. Saya mahu semua orang yang boleh berfikir percaya bahawa kita mempuyai kapasiti yang sama seperti Najib untuk memahami sesuatu perkara. 

Kelebihan Najib ialah dia berbinkan Tun Razak. Itu rezeki dia lah. Tapi untuk orang Melayu membaca fakta tersebut sebagai memberi Najib suatu kelebihan yang luar biasa akan jadi samalah seperti kita membodohkan diri kita sendiri. Elok lah kita memberhentikan diri dari taksub kepada Najib bin Tun Razak. 

Jika dia terluka, dia akan berdarah sama seperti kita juga. If he is cut, he bleeds like we do too. Baharu sekarang Najib hendak membantu rakyat Kelantan mendapatkan bekalan air yang bersih dan menampakkkan kesediaan membayar royalti minyak. Apa pasal sekarang? Sebab pilihanraya kian hampir dan majority orang Melayu menyampah pada Umno dan pemimpin mereka yang hipokrit. 

Umno yang mengepalai kerajaan federal bersikaplah sebagai kerajaan kepada semua rakyat. Janganlah bersikap seperti sebuah kerajaan untuk orang Umno. Ini masaalah Umno yang terbesar dan yang tidak boleh dibetulkan. Kerana itulah mereka sombong, slogan untuk Umno jadi slogan untuk negara. Kalau hendak bantu rakyat, bantu dengan jujur bukan dengan mensyaratkan bantuan dan pertolongan akan diberi jika ada pembalasan. 

Jadi berhenti-henti lah dengan lutolonggua, guatolonglu dan beri saya kamu punya nambikei. Jika mahu tolong rakyat, tolong sahajalah. Umno telah balun duit Petronas, baru sekarang mahu bayar royalty Kelantan yang di rompak? Kita jangan heran nanti royalty tersebut dibayar secara beransur ansur dengan syarat-syarat yang diUmnokan. 

Bila Tengku Razaleigh Hamzah menyebut mengenai perkara ini suatu masa dahulu, dia telah dikecam hebat oleh puak Umno. Hari ini, Umno pula yang bercakap mengenai perkara yang sama. Ini membuktikan pendirian Tengku Razaleigh mengenai hak rakyat Kelantan adalah benar sejak dari mula. Rakyat Kelantan jangan melupakan kezaliman dan penganiayaan yang dilakukan oleh Umno keatas Kelantan. 

Takkan tertebus kezaliman tersebut dengan RM500 — Beli 1 Rakyat Malaysia. Dan hanya setelah 55 tahun perintah dan samun rakyat, harga rakyat hanya kurang dari RM10 setahun? Royalti minyak ialah hak rakyat Kelantan yang diperuntukkan oleh undang-undang bukan sebab Najib terjaga dari lamunan dan sedar bahawa dia mesti membetukan suatu kezaliman yang telah dilakukan. 

Mengapa perlu ditubuhkan komiti untuk mengkaji bayaran royalty minyak? Tanyalah kepada penanda tangan perjanjian antara Petronas dan Kelantan, Tengku Razaleigh. Lagi baik jika Najib jangan membazir duit rakyat untuk menubuhkan komiti ini. Umno menahan bayaran royalti sebanyak RM7.4 juta, bayarlah sahaja kepada kerajaan negeri yang akan mengurus wang tersebut. Janganlah pula mensyaratkan wang tersebut akan di tadbir oleh suatu badan lain yang membayangi kerajaan sahih negeri Kelantan. Jika Najib buat demikian, dia kurang faham mengenai tatacara berkerajaan secara demokrasi. 

Najib bukan raja mutlak keatas Malaysia. Jadi-jadilah membohongi rakyat dengan kegiatan yang membodohkan orang Melayu terutamanya. Masaalah Umno ialah mereka ingat orang Umno sahaja yang Melayu. Melayu dalam PAS, dalam PKR bahkan dalam DAP dan parti-parti lain bukan Melayu kah? Kedua, Umno ini parti sombong dan angkuh. Allah pun dia orang ingat ahli Umno dan sentiasa menyokong Umno. Orang Melayu yang beragama Islam yang berada dalam parti-parti bukan Umno pun memanjatkan doa kepada Allah. Dan Allah tidak pernah berfirman, dia akan bantu orang Umno sahaja. 

Malaysia di jajah 446 tahun disebabkan golongan feudal gagal memberi kepimpinan kepada bangsa Melayu. Hari ini, jika orang Melayu hendak maju dalam erti yang sebenarnya, mereka mesti bersifat anti-hierarchical. Jangan terima penyusunan masyarakat secara membabi buta. Orang Melayu mesti mendidik diri mereka memilih pemimpin berdasarkan kebolehan dan kemahiran mereka. Mereka mesti menolak cara memilih pemimpin berdasarkan keturunan dan baka dan bin atau binti siapa- kecuali mereka telah di nilai mempunyai bakat. 

Sebagai contoh, saya tidak ada masaalah menerima kepimpinan Nurjazlan Mohamad Rahmat kerana saya menganggap dia seorang bakat pemimpin orang Melayu yang baik. Tapi pada masa yang sama, saya sukar diyakini untuk menerima Mukhriz Mahathir sebagai pemimpin yang baik kerana, apa yang dilakukan oleh Mukhriz ialah menenggek atas pakaian Dr Mahathir. Sebab itu Zaaba kata bahawa orang Melayu melarat ditanah air adalah kerana mereka mempusakai beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah menjadi lazim pada zaman nenek moyang mereak dahulu kala…. Dan apakah perkara yang di maksudkan oleh Zaaba? Iaitu selama beratus ratus tahun lamanya mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah pemerintahnya yang pada zaman dahulu itu, iaitu pemerintah daripada bangsa mereka sendiri. Pendita Zaaba, salah seorang pengasas Umno, seolah-olahnya bercerita mengenai Umno sendiri yang telah membeloti orang Melayu. 

Siapakah yang menjual hartabenda negara Melayu? Umno. Umno jual ke Berjaya (rakan baik Dr Mahathir), jual kepada YTL (rakan baik Mahathir lagi), jual Subang kepada India (rakan Mahathir), mahu jual MAS, jual dan terus jual. Siapakah yang merungkai dasar DEB? Mahathir. sejak 1981, Mahathir tidak percaya keada dasar DEB kerana mengikut pendapatnya, cara demikian perlahan. Cara yang lebih baik ialah Mahathir memilih barisan hadapan nya terdiri dari kroni terpilih untuk mengepalai program ekonomi. Tapi nyata, sebahagian besar matlaon yang di pilih oleh Mahathir mementingkan diri meraka. 

Siapakah yang menyebabkan perbezaan pendapatan antara orang Melayu paling terbesar jika di bandingkan jurang kekayaan antara kaum lain? Mahathir sebab dasar Mahathir yang sekarang ini disambung oleh Najib yang berfikiran lemah ini, akan menyebabkan jurang keayaan antara Melayu yang terpilih dengan Melayu terbanyak menjadi kian membesar. Maka amat benarlah apa yang di sebut oleh Zaaba, yang menjahanamkan orang Melayu ialah pimpinan Melayu sendiri iaitu tidak lain dan tidak bukan, Umno. — sakmongkol AK47