Wednesday, July 11, 2012

"Imam Mahadi" Rupanya pemuja Tun Mahathir

"Imam Mahadi" Ke Lanun?
Ada lambang "lanun" di topi yang dipakainya

KELMARIN seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman bersenjatakan pedang samurai menyerang Jabatan Perdana Menteri, JPM bersama seorang wanita yang dipercayai isterinya.


Blogger Umno sehabis boleh cuba mengaitkan kejadian itu dengan Pakatan Rakyat terutama Parti Islam, PAS. 

Namun hasil tinjauan di blog milik lelaki tersebut, mendapati dia merupakan seorang pemuja Tun Mahathir. Tulisan terakhir di blognya dilihat memberikan pujian melambung kepada Dr Mahathir sebaliknya mengutuk Tuan Guru Nik Aziz.

Dia memuji Tun Mahathir sebagai satu-satunya manusia berjiwa besar yang pernah ditemui sepanjang hidupnya. Malah setuju jika Tun Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia [Jayanegara].
Dia nak puja Tun Mahathir, nak kutuk TG Nik Aziz bukanlah persoalan di sini, namun ia membuktikan bahawa lelaki ini bukan penyokong Pakatan Rakyat. Jika dia penyokong Pakatan Rakyat masakan mengutuk TG Nik Aziz dan memuja Tun Mahathir.

Jelas sekali blogger Umno terkantoi di situ, propaganda bodoh mereka akhirnya memakan diri. Kita tunggu apa pula respon mereka selepas ini.

ReJaM© "Buatlah cerita yang masuk akal sikit... "

Apabila "si kacau" rebah ke bumi.....(10/7/12)

Saya mendapat tahu tentang peristiwa malang ini melalui posting facebook seorang rakan semalam. Pada awalnya dilaporkan bahawa dua orang yang “naik angina” di Putrajaya telah ditembak oleh pihak polis. Ketika itu tiada yang mengaitkannya dengan isu agama.

Hari ini jelas akhbar-akhbar media perdana melaporkan bahawa kedua-dua pasangan (tiada ikatan perkahwinan) tersebut telah mengamuk di perkarangan Komplek B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya dengan menghunuskan masing-masing sebilah pedang samurai.

Akhirnya apabila keadaan gagal dikawal pihak polis telah melepaskan tembakan mencederakan kedua-dua mereka. Si lelaki akhirnya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan yang dialaminya.

Menurut laporan kahbar juga lelaki berkenaan mendakwa dirinya “Imam Mahdi” dan berniat mahu menggulingkan kerajaan.

Rupanya Allahyarham adalah seorang blogger yang menggunakan nama Jaya Negara. Blognya saya rasa sudah pun ditamatkan mungkin oleh pihak berkuasa.

Apa pun bagi saya peristiwa ini sangat malang dan sudah tentu memberi persepsi yang pelbagai terhadap agama. Benar mungkin si mati dan pasangannya “tidak siuman” namun dari publisiti yang tersibar elemen agama merupakan agendanya lantas sekali lagi mengambarkan imej yang buruk terhadap Islam.

Bayangkan bagaimana orang bukan Islam melihat insiden ini, dikaitkan pula dengan Imam Mahdi dan pemerintahan Islam?

Kalau yang sempat mengelidah blog si mati akan dapati macam-macam tulisan penghinaan dan tak masuk akal dipostkan di dalamnya. Termasuklah yang mengkritik seorang Sultan. Dalam antara posting terakhirnya beliau menulis:

“Aku sungguh terbakar wahai Khalil...Aku pasti aku ikut kamu.Aku terbakar kerana aku memang bodoh.Dan hidup dalam kebodohan.Aku juga benci kebodohan.Aku Dhada membenarkan semua kata-katamu.Aku juga mahu pulang.Teruskan. Aku bersamamu.Dhada”

Dan ada lagi:

Sekian. Ini adalah yang terakhir. Kita tidak akan bertemu lagi dalam bentuk tulisan. Kita pasti bertemu dan aku berjanji aku pasti tamatkan semua tugas-tugas ku supaya aku terus saja pulang tidak lagi kembali. Terima kasih Dhada kerana peringatan Ikhlas kamu. Iyakan aku ini manusia sering saja terlupa juga dan ***** macam kamu.

Ini dia peringatan terakhir dari aku. Hayati lah.

Didataran tak bertuan semua dari kita telah bersumpah dengan nama Allah untuk menerima ujian diBumi-bumi ujian yang telah Allah sediakan.

Nanti bila dicerahkan Allah semua kabus-kabus perjanjian antara setiap satu.. satu.. satu.. semuanya jiwa..... maka pastinya menitis tis.. tis.. tis.... airmata kamu. Allah benar pada ketika itu. Allah pasti benar. Aku ini didatangkan demi peringatan terakhir yang aku tahu pasti semuanya kamu akan memerangi aku. Setiap dari kamu membawa kepercayaan nenek-moyang kamu sedikit-sedikit hinggakan semuanya terpikul dengan berat. Bongkok kamu. Manusia hari ini dalam keadaan bongkok dan hodoh tetap juga mahu juga sombong. Siapa Tuhan.... siapa Hamba?. Gila apa manusia.

manusia dalam keadaan jiwa bongkok dan hodoh...... sombong pulak!

Kamu wahai manusia hidup didunia ikut apa yang Allah Tuhanku suruh.... kamu tidak boleh buat sesuka hati mu... Faham ke tidak? Apa nama Pak Sedara kamu?.... OHHH ..... lupa. Jalanlah pelan-pelan wahai Pak tua yang Bonggkok. Perhatikan longkang dihadapan kamu. Sudah berjuta kali kamu tertumoih tidak pernah mahu ingat. Gila umat manusia akhir zaman ini. HIDUP DAN MATI DIPERTARUHKAN CUMA UNTUK SESUAP NASI.

BYE.

Semua pihak kena bangkit memperbetulkan kembali “damage” atau kerosakan yang telah dicetuskan oleh si mati. Diharapkan pihak akhbar dan media perdana juga tidak menyelitkan isu agama di dalamnya sehingga memberi kesan negatif.

Si mati dan pasangannya didakwa “psycho” atau tak siuman maka segeralah lakukan siasatan ke arah itu dan tamatkan spekulasi dan berbagai cerita hodoh yang berbangkit darinya. Insiden ini sesungguhnya tiada kaitan dengan agama mahupun politik, apalagi perkauman, ia sesuatu yang terpencil dan melibatkan mereka yang sakit…..

Kita tidak mahu lagi melihat insiden seumpama ini berlaku dan semoga semua pihak memain peranan mencegahnya menurut kemampuan masing-masing. Roslan SMS

Sudah Ada Darah Luruh Di Putrajaya

Kejadian amuk di pintu masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya petang semalam menyebabkan berlaku kematian apabila polis tidak ada iktiar lain untuk menghalang si pengamuk melainkan menembaknya, merupakan kejadian pertama seumpama itu berlaku di kompleks kerajaan Putrajaya. Kejadian berdarah itu seharusnya diambil iktibar oleh semua pihak dan perlu memastikan ia tidak akan berulang lagi.

Negara tidak memerlukan tindakan-tindakan agresif berani mati seperti itu. Kita semua kena waras dalam melakukan tindakan sehingga tidak mencatatkan sejarah malang buat negara dan bangsa. Dalam kejadian semalam tidak dapat disahkan siapa yang benar dan siapa terkhilaf? Sudah pasti ada pihak yang benar dan salah dalam kejadian itu. Sebabnya, kalau kedua-dua benar, ia tidak sampai senapang meletup dan darah tumpah di pintu masuk ke pejabat Perdana Menteri.

Cuma apa yang terus menyendap di dalam kepala saya sebaik membaca laporan mengenai kejadian itu, teringat kepada kata-kata dan ucapan Perdana Menteri Ha Najib Razak mengenai kesediaanya untuk mempertahankan Putrajaya ke titisan darah terakhir. Najib dalam satu kenyataan membalas tindakan dan usaha gigih pembangkang untuk merampas kuasa politik, menegaskan yang beliau (UBN) akan mempertahankan kekuasaan itu sehingga ke titisan darah terakhir. Satu kenyataan yang penuh emosi.

Ucapan Najib itu masih dalam konotasi politik. Tetapi dari sudut lain ia bersifat jenayah. Hal-hal atau unsur darah, tembak, bunuh dan sebagainya adalah unsur-unsur jenayah atau dikaitkan dengan perilaku jenayah. Apakah kata-kata Najib tempoh hari telah merangsang si pengamuk untuk bertindak demikian? Begitukah?

Makanya orang politik hendaklah menjaga mulut dan perasaan. Mereka perlu kawal kata-kata dan butir ucapan jangan sampai bersifat atau ada elemen jenayah kerana ia memberi reaksi kepada pihak lain. Perlu ingat yang menghidup manusia ini perasaan. Perasaan pula menguasai diri seseorang itu. Jika seseorang gagal mengawal perasaan maka berlakulah kejadian-kejadian yang di luar normal kehidupan seperti apa yang berlaku itu.

Mudah-mudahan di masa akan datang.. bermula hari ini, jangan ada sesiapa yang bermain dengan perasaan atau pun mengusik perasaan orang lain sewenang-wenangnya. Berpolitiklah dengan cermat dan waspada. Mungkin orang yang menyebut kata-kata jenayah tidak bermaksud sampai ke tahap seburuk itu dan ia hanya gurauan...atau ancaman, tetapi kena ingat orang yang mendengar dan menerimanya ada penilaian lain. Kata-kata yang tidak bijak itu boleh membenihkan dendam yang akhirnya berbuah kejahatan.

Atas peribadi saya menyeru kepada semua pihak hentikan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyentuh perasaan di antara satu sama lain. Juga hendaklah perbuatan jahat yang sampai menganggu hak asasi seserorang dibatasi dan diawasi. Bertindak waras dan serdarhanalah dalam apa juga bidang kerana itu adalah sebaik-baik tindakan. Tindakan melampau membahayakan semua orang dan boleh membakar negara.

Bila berlaku tragedi ambuk di JPM dan ada kematian dan pemnbunuhan yang buruknya adalah negara kita juga. Kandati Tuhan boleh mentakdirkan apa saja yang Dia kehendaki kita diberi hak dan dituntutan mendoakan agar takdir itu tersisih jauh dan tidak berlaku. Perlu kita menyedari di mana kita (berdiri dan mengambil timbangrasa) di antara kuasa hamba dan kuasa Tuhan dalam konteks ini. [wm.kl.10:21 am 10/07/12] - MSO

No comments:

Post a Comment