Thursday, July 26, 2012

Cukai Kereta Di Hapuskan Selepas Pilihanraya!

pkr pc rafizi thumb medium490 0 Cukai Kereta Di Hapuskan Selepas Pilihanraya!Berkemungkinan selepas pilihanraya umum ke 13 diadakan, rakyat yang selama ini terbeban dengan cukai kereta yang tinggi selepas ini mungkin dapat menarik nafas lega. 


Isu cukai kereta ini, telahpun kami perjuangkan sejak 2 tahun lepas, dimana rakyat Malaysia secara umumnya, membayar harga yang sangat tinggi untuk cukai kereta. Baca keratan akhbar di bawah.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berjanji akan memastikan bahawa janji menurunkan harga kereta akan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 (PRU13). Menurut, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, PKR juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam PRU13 akan berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat. 


“Perkara ini telah dibincangkan di peringkat PKR dan Pakatan Rakyat, is sudah berasa diperingkat akhir perbincangan. “Perbincangan ini meliputi kesan kepada kereta tersebut jika kita kurangkan harga dan juga kepada ekonomi negara kerana sumber pendapatan negara juga dari cukai kereta tersebut,” jelasnya Beliau yang sebelum itu menjelaskan, PKR memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabaran Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009. 


Menurutnya lagi, maklumat tersebut menunjukkan bebanan isi rumah negara bagi rakyat negara ini makin meruncing. “Jumlah hutang kereta persendirian adalah hutang kedua terbesar selepas hutang rumah kediaman yang mencecah RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012. “Keadaan ini menimbulkan beban utama kepada rakyat yang sebahagian besar dari rakyat negara ini hanya membawa pulang pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan,” jelasnya. Katanya lagi, maka satu jalan yang adil kepada rakyat adalah mengambil tindakan drastik memperkenalkan mekanisme untuk menurunkan harga kereta. 


Kaedah ini akan mengurangkan bebanan hutang rakyat seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna dalam keadaan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia rata-ratanya di bawah RM3,000 sebulan. Kata Rafizi, peningkatan yang tinggi kepada harga kereta adalah disebabkan oleh Dasar Automotif yang diperkenalkan oleh Umno-Barisan Nasional dalam melindungi kepentingan mereka.  - Berita Semasa 

INI CONTOH BAGAIMANA HARGA KERETA BOLEH DIKURANGKAN DENGAN PENGURANGAN @ PENGHAPUSAN CUKAI DAN DUTI EKSAIS

NILAI CIF ADALAH NILAI HARGA KERETA + TRANSPORT + INSURANS APABILA SAMPAI KE PELABUHAN... CTHNYA HARGA BAGI VOLKSWAGEN GOLF GTI 2.0 KETIKA SAMPAI ADALAH HANYA RM49,820

KEMUDIAN IA AKAN DIKIRA SEMULA UNTUK JUALAN DIMALAYSIA MENGIKUT DASAR AUTOMATIF NEGARA....

Nilai CIF x Duti Import (30%) = Kadar Duti Import (RM)

(Nilai CIF + Duti Import (RM)) x Duti Eksais (75%) = Kadar Duti Eksais (RM)

(Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM)) x Cukai Jualan (10%) = Kadar Cukai Jualan (RM) 

Nilai CIF + Duti Import (RM) + Duti Eksais (RM) +Cukai Jualan (RM) = Harga Kos Kereta dengan cukai

Harga Kos Kereta dengan cukai + keuntungan dealer = Harga Jualan (bukan atas jalan)

Harga Jualan (bukan atas jalan) + Harga aksesori tambahan + Pendaftaran + Insurans = Harga kereta atas jalan (OTR price) - Klik SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular