Thursday, July 12, 2012

Ahli Parlimen UMNO bela pelacur berlesen?


YUSOF MAHAL BELA PELACUR?


Saudara Pengarang.

KAMI penduduk Labuan mengucap syabas kepada Presiden Labuan Consumer Movement Council, Fauziah Datuk Mohd Din (gambar bawah) yang berani membangkitkan isu Pelacuran berlesen (GRO) yang semakin banyak di pulau kecil ini dalam sebuah akhabar tempatan pada 10 Julai lalu.

Dalam kenyataannya, Fauziah mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana untuk menjaga imej labuan sebagai sebuah pulau bebas cukai, IOFC dan Oil & Gas status.

Labuan kini boleh dikatakan sudah hampir dikenali sebagai 'Pulau Maksiat dan Little Genting'. Kami sebagai warganegara Malaysia dan pengundi setia BN amat kecewa kerana selama ini tiada pun seorang YB (BN) yang berani membawa perkara tersebut ke parliamen.

Malah Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal turut membela pelacur berlesen ini dan mengunci mulut ketika diminta membawa isu ini ke parlimen kerana sering kelihatan bersama 'Taukeh Lendir' ini.

Apatah lagi tiada usaha untuk membatalkan begitu banyak permit pelayan di karaoke dan pub demi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Labuan kerana institusi keluarga di Labuan runtuh disebabkan suami/bapa mereka menghabiskan gaji di karaoke dan menyimpan pelacur berlesen.

Kami perlu seorang tokoh seperti Fauziah menjadi Wakil Rakyat Labuan dan bukan seorang YB yang sapu semua masalah yang dihadapi oleh rakyat ke bawah karpet, termasuk hubungan terlarangnya dengan seorang staf bank di Labuan.

Kami panggil wanita pelayan Filipina di karaoke 'Pelacur Berlesen' kerana apabila sesiapa yang masuk ke pub atau karaoke, berpuluh Pelayan(GRO) akan baris di hadapan kamu untuk dipilih dan hanya bayar RM250 - RM350 terus boleh bawa ke hotel.

Jika kita kenal pengurus karaoke itu mereka juga boleh atur teksi atau kenderaan tauke pub bersama Mummy (ibu ayam) hantar GRO ke hotel untuk dipilih dan bayar di hotel. Macam mana kita tidak kategorikan perempuan Filipina ini pelacur berlesen?

Kita lihat yang bekerja sebagai pelayan di semua pusat hiburan ialah lelaki Filipina dan hanya Kapten sahaja orang tempatan. Kami dapat maklumat dan kasihan kerana ada juga wanita Filipina di bawah umur atau ada yang ditipu oleh sindiket ke Labuan dan dipaksa bekerja di karaoke dan pub menjadi Pelacur.

Perempuan Filipina yang baru sampai yang dipaksa dan masih degil akan dikurung selepas kerja. Perempuan yang ditipu ke Labuan tidak dapat buat apa-apa kerana mereka tahu ada pihak berkuasa yang melindungi tauke sindiket.

Insaflah dari sekarang sesiapa yang bersubahat atau mendalangi kegiatan haram ini dengan sindiket pelacuran. Tuhan ada CCTV 24 jam. Nanti keturunan kamu juga akan juga menghadapi hal seperti ini yang kamu buat terhadap anak perempuan orang.

Melalui Sabahkini.net, kami ingin bertanya Menteri yang meluluskan permit pelayan di Labuan. Adakah salah jika kita panggil mereka 'Pelacur Berlesen'?. Tahukah Menteri yang meluluskan permit pelayan bahawa permit tersebut telah di salahgunakan oleh taukeh pusat hiburan?.

Adakah pihak berkuasa seperti Immigresen dan Polis tahu perkara yang kami bongkarkan di sini? Bukankah taukeh pusat hiburan menjalankan kegiatan maksiat? Setiap kali ada serbuan, semua pusat hiburan telah dimaklumkan awal oleh pihak berkuasa tempatan dan semua perempuan pun tidak turun kerja.

Kita tahu siapa pihak berkuasa yang membocor maklumat serbuan kepada pusat hiburan, pusat urut dan premis mesin judi haram. Belum tiba masanya kita dedahkan siapa pegawai yang membocorkan maklumat serbuan. Kita akan dedahkan nama pegawai yamg membocorkan maklumat serbuan atau menjaga premis pada masa terdekat ini jika mereka tidak insaf lagi.

Kami berharap agar Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) akan bersama Pegawai Bukit Aman, SPRM dan Rela membuat serbuan senyap terhadap pusat hiburan dan premis judi tanpa bantuan dari pihak berkuasa tempatan kerana ibarat 'Harapkan pagar, pagar makan padi'.

Kami harap pegawai JAWI juga buat serbuan ke hotel budget and hotel 5 bintang kerana ramai yang bawa pelacur (GRO) ke hotel pada tengah malam. Pegawai JAWI cuma rehat di lobi atau luar hotel dan tidak payah dapat info dari orang awam untuk serbuan seperti operasi di Selangor, Johor dan Penang.

Mesin judi haram dan pelacur kini semakin menjadi jadi di pulau ini dan semua pihak berkuasa tempatan memang berada di dalam PAYROLL sindiket judi dan taukeh pelacuran.

Kami akan berusaha mendapatkan lebih banyak maklumat dan bukti untuk mendedahkan lokasi premis mesin judi haram dan pusat hiburan yang paling banyak pelacur berlesen, termasuk nama tauke judi dan tauke bapa ayam dalam masa terdekat ini.

Kita terpaksa salurkan maklumat kepada Sabahkini.net untnk disiarkan kepada umum supaya Pegawai atasan boleh tahu cerita sebenar yang berlaku di Labuan kerana pegawai pihak berkuasa tempatan kata mereka tidak boleh ambil tindakan terhadap karaoke dan pub kerana ada permit GRO yang diluluskan oleh kerajaan.

Manakala mesin judi haram pula mendapat suaka daripada pihak atasan Bukit Aman yang memberi lampu hijau kepada sindiket judi untnk beroperasi. Benar atau tidak kita tunggu apa tindakan selepas kami dedahkan di Sabahkini.net dan suratkhabar selepas ini.

Kami berharap pegawai Immigresen, Polis dan Penguatkuasa Perbadanan Labuan yang tidak termasuk di dalam payroll sindiket akan bertindak segera dan menutup semua premis yang menjalankan kegiatan maksiat dan judi haram sebelum kita dedahkan nama pegawai yang menjaga dan berada di dalam payroll sindiket pada artikal yang akan datang.

Wahai orang Labuan! INI KALI LAH! Demi untuk kebaikan generasi muda, anda tahulah apa harus dipangkah (X) pada PRU13 jika tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan BN berhubung isu penting ini.

Sekian, Salam hormat.

KUMPULAN PENCARI KEBENARAN LABUAN (KPKL)

SabahKini

No comments:

Post a Comment