Thursday, May 3, 2012

Dua video keganasan pihak berkuasa ... sama ganasnya tapi tak serupa..


Cuba korang perhatikan betul-betul insiden yang berlaku dalam kedua-dua videoclip dibawah ini.. Ada yang sama tapi tak serupa..

Dalam videoclip yang pertama ianya berlaku di sebuah Masjid iaitu Masjid Al-Aqsa, pihak berkuasa di sana (Polis Israel la…) telah menyerbu ke dalam kawasan Masjid setelah dilontar dengan batu dari pihak yang berada di dalam Masjid.

Serbuan telah dilakukan pada hari jumaat Februari yang lalu, kelihatannya seperti telah selesai Solat Jumaat..

Manakala dalam videoclip yang kedua pula… pihak berkuasa juga telah melakukan serbuan ke dalam kawasan Masjid..

Malangnya ianya berlaku di sebuah negara yang mengakui Islam itu adalah agama rasminya..



Yang sama ialah kejadian berlaku di kawasan Masjid dan yang menyerbu ialah pihak bekuasa..

Yang tak sama pula ialah dalam video pertama yang menyerbu itu bukan berugama Islam.. tapi pihak yang menyerbu dalam video kedua pula berugama Islam..

Video kat bawah ni menggambarkan tindakan yg MENGALAHKAN HAIWAN
TAPI pelaku nya BUKAN HAIWAN


lagi di SINI

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/05/dua-video-keganasan-pihak-berkuasa-sama.html

No comments:

Post a Comment