Thursday, April 5, 2012

Veteran UMNO : "Najib Pemandu Sewel dan Mabuk" kah kah kah

Saya ingatkan orang hanya akan ulula-hing ( wanita Arab akan mengeluarkan bunyian seperti kicauan burung tanda suka- dalam BI di sebut sebagai ululating) bila mendengar ucapan Najib malam tadi.


Rupa rupa nya ada jugak orang yang mendapat mimpi basah dan meneriak-aku sungguh tertarik. Maka atas dasar dia seorang sahaja yang tertarik dan super teruja, tambahan pula kerana tertekan oleh ransangan mimpi basah- serta merta mengistiharkan BN pasti menang.

Astagha! Yang kita nak bercakap seolah olah mendapat orgasm ini kenapa- kita tunggu sahajalah bila PRU tiba. Sama ada Najib yang di jangka akan membelanjakan RM 2 juta per calun parlimen dan RM 1 juta untuk ADUN akan menang selesa. Maka tidaklah memelikkan sangat jika kerajaan UMNO hari ini menjalankan banyak corporate maneuver untuk menghimpun dana.

Kerana kita tahu apa guna nya wang tersebut. Banyak kali saya telah menulis- Najib hanya tahu satu cara sahaja menyelesaikan masaalah- bayar sana sini. Dari sudut ini, Najib tidak menghampakan sesiapa. Its vintage Najib. Pay your way through.

Saya membaca semula bajet untuk 2012 , saya tidak berjumpa dengan peruntukan belanja kilat yang di lakukan oleh PM dan TPM. Orang yang tahu berkerajaan, akan insaf bahawa mereka tidak boleh belanja kecuali dari yang telah di luluskan oleh parlimen. Kalau tidak di luluskan oleh parlimen, maka orang yang berbelanja itu berhutang atau ambil duit haram.

Atau jual harta benda rakyat atau menggunakan wang rakyat untuk membeli asset dari kunco2 dengan harga yang tinggi di mana se bahagian dari lebihan itu akan di pulangkan kepada pembeli. Kenapa 1MDB membeli perniagaan Ananda Krishnan pada harga RM 8 billion lebih walhal nilai asset tetap sekitar RM 1 billion dan di campur goodwill, mungkin harga Tanjung power itu hanya RM 4 billion.

Jawapan nya, kerajaan BN akan di beri balik sejumlah wang untuk PRU. Demikian juga, rakyat curiga bagaimana Mex Highway di jual pada harga yang begitu tinggi sedangkan pembiayaan nya datang dari kerajaan dan pencadang nya hanya mengeluarkan sekitar RM 60 juta. Adakah keuntungan RM 1 billion itu di kongsi dengan penaung2 dari UMNO?

Tapi oleh kerana kita sekurang kurang nya memperakui bahawa Najib dan Muhyidn adalah honorable gentlemen- mestilah duit itu mereka pinjam.

Tapi pinjam dari mana ye? Duit ini dari syarikat Najib dan Muhyidin? Kita tahu kedua nya kaya raya. Dari manakah datang nya RM600 million juta yang di taburkan oleh Najib dan Muhyidin dalam masa 11 minggu? Kalau ianya bukan dari peruntukan yang di ketepikan dari jumlah wang yang disatukan, dari mana para lanun ini mencuri?

Hutang negara kita telah hampir kepada 50% dari KDNK. Saya percaya kalau di campur dengan wang yang datang dari sumber ghaib- ambil dari epf, dari GLC, dari sime darby, dari 1001 sumber, maka hutang sector awam pasti melebihi 50% dari KDNK. Dan dengan rekod ini, PM dari UMNO mengistihar diri nya, tukang belanja yang berhemah? Atau wassatiyyah?

Negara kita akan bengkrap sebab kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO belanja ikut sesuka hati. Ini seorang pemandu yang langgar had laju dan membawa maut kepada penumpang. Kita usah naik kenderaan yang di pandu oleh pemandu yang sewel seperti ini.Ini pemandu yang hanya ada lesen L atau, mungkin lesen beli.

TV3 ingat penonton orang2 tolol. Semasa Najib berucap secara sehala, kita di pertontonkan kepada gambar orang bermesyuarat dan impresi artis atau pelukis mengenai lapuran keatas ETP. Di manakah bukti projek sebenar nya di bawah ETP itu dan mengapa kita mahu di tipu dengan artists impression? Hanya satu sahaja kita nampak kegiatan pecah tanah yang di lakukan untuk projek MRT. Dan projek ini belum pun muktamad harga nya sudah pun di tanda tangani. Kenapa kita bersegera mahu membenarkan Gamuda-MMC menjalankan projek ini? projek2 lain di bawah ETP mana?

Najib janganlah hendak kelentong rakyat Malaysia. ETP, NKRA, NKEA, dan entah apa lagi gelaran yang eksotik hanya istilah istilah yang du gunakan oleh Najib untuk menunjuk nunjuk dia seorang pemikir besar. Berfikir bukan kualiti tersohor Najib.

Apa yang dia lakukan tidak ada beza nya dengan Rancangan Malaysia yang terdahulu dan inisiatif2 kerajaan sebelum Najib. Semasa najib, nama sahaja yang gah- isi nya belum kita nampak. Kita nak tanya punahsihat dan punai-sihat Najib, di manakah kelebihan ETP dan istilah2 rojak ini dengan Rancangan Malaysia yang lain?

Soalan2 seperti ini sudah cukup menukar perspektif kita menilai apa yang Najib berceloteh malam tadi. Tapi ye lah, apa kita hendak buat jika ada pendengar yang basah dalam seluar bila mendengar celoteh dan kelentong Najib kan?

Kerajaan BN memang ramai kaki auta. Ini kerajaan yang di pimpin oleh PM yang TPM- tak pernah muktamad. Berikan saya satu contoh dasar yang Najib kemukakan yang muktamad dan tidak gostan dengan memberi pelbagai alasan. Seorang bekas menteri kewangan Malaysia pernah memberitahu saya, Najib lagi flip flop dari Pak Lah dan jumlah punah-sihat dan punai-sihat Najib lebih ramai dari budak budak tingkat 4 semasa pentadbiran A Badawi.

Hishammudin Hussein terbukti tidak se standard Tun Hussein dan berdolak dalik mengenai skendel dalam institusi kepolisian. Rakyat menunggu sama ada dia mahu menubuhkan suruhanjaya siasatan keatas allegations bahawa bekas KPN mempunyai hubungan dengan penjenayah. Morale anggota kepolisian menurun akibat tuduhan2 dan allegations ini.

Nazri terus menerus mengeluarkan pandangan yang mendahului kepantasan otak nya. Muhyiddin menggunakan kaji selidik yang lemah untuk membuktikan konon bahawa kita mempunyai system pembelajaran yang setanding dengan US, UK dan Germany; sila beritahu perkara ini kepada ribuan graduan Melayu yang tidak mendapat kerja dan terpaksa berkerja sebagai pelayan di Old Town white Coffee.

Atau biarlah kita nantikan, senarai pemenang hadiah nobel kerana system pendidikan kita sama dengan negara dunia pertama yang di ambil sebagai contoh oleh si malikul sembab ini. dan kita ada pemandu bas mini nombor satu negara kita yang memberitahu parlimen bahawa pembelian kapal selam scorpene adalah bersih sedangkan mahkamah Perancis menjumpai bukti rasuah yang rasmi. Jadi wang yang di perolehi oleh Razak Baginda itu apa? - Sakmongkol AK47

Najib kata jangan tukar pemandu, tetapi beliau memandu dalam keadaan mabuk

Hari ini Najib mengingatkan semua supaya tidak menukar kerajaan yang merbahaya dalam pilihanraya ini. Katanya “jangan tukar pemandu dipertengahan jalan”. Maksudnya jangan tukar kerajaan dalam pilihanraya ini kerana itu adalah tindakan merbahaya. Setiap kerajaan bertukar tangan dalam perjalanan. Parti Conservative dan Liberal Democrat telah mengambilalih kerajaan Britain dari Parti Buruh dalam perjalanan. Mana ada kerajaan yang sudah tiada untuk ditukar? Tentulah kerajaan yang sedang berkuasa yang selalu ditukar dan mereka ditukar kerana bersebab, bukan saja-saja untuk ditukar.

Perjalanan mentadbir negara adalah tugasan yang berterusan kepada siapa yang diberikan mandat. Ibarat sebuah bas yang dalam perjalanan jauh, ia disyaratkan supaya mempunyai pemandu gantian (spare driver). Banyak kemalangan berlaku kerana pemandu itu terlena sambil memandu kerana telah memandu terlalu lama. Maka itulah undang-undang mensyaratkan setiap bas ekspress mesti mempunyai seorang lagi pemandu gantian supaya bas itu dipandu bergilir-gilir supaya tidak merbahayakan penumpang yang sedang tidur lena itu.

Dalam kes kerajaan pimpinan Najib, penumpang-penumpangnya sudah bangun dari tidur dan telah merasakan yang pemanduan Najib sudah cukup merbahaya. Najib memandu dengan tidak mematuhi undang-undang memandu. Maka penumpang menuntut supaya pemandu ditukar supaya bas tidak terhumban kedalam gaung yang dalam. Pemandunya bernama Najib telah memandu bas itu dengan begitu bahaya kerana penumpang nampak yang pemandu bernama Najib itu sudah nampak hendak terlena.

Najib telah terlena kerana keletihan memandu atau pun tidak bijak memandu. Mungkin pemandu (Najib) ini merasa mengantuk kerana makan terlalu kenyang. Apa pun sebabnya dia mengantuk, pemandu gantian itu perlu sangat untuk mengambilalih pemandu yang lalai itu. Kali ini bas yang tidak berapa baik keadaannya itu wajar dipandu oleh pemandu gantian untuk keselamatan penumpang yang ramai itu.

Pemandu sekarang sudah terlalu lemah dan jika tidak diganti ia mungkin merbahayakan penumpang-penumpang dalam bas panduan Najib ini kedalam gaung yang dalam. Sekarang inipun sudah nampak bas yang dipandu Najib itu sedang terhuyung-hayang kekiri dan kekanan sehinggakan selalu memakan jalan dan lorong bertentangan.

Selama ini kita telah mendengar bas-bas ekspress yang telah melanggar jambatan, ‘toll-gate’ dan kenderaan yang berhenti dan sebagainya yang telah menyebabkan penumpang terbunuh bergelempangan ditepi lebuhraya-lebuhraya kerana pemandunya yang keletihan dan tidak ditukar. Kita juga banyak mendengar pemandu-pemandu bas yang tidak jujur membuat ‘duit luar’ dengan menjual ‘spare tyre’ serta menjual banyak alat-alat gantian yang ada didalam bas itu serta lari mencuri minyak petrol dan dijual kepada orang luar.

Kita jangan dengar nasihat pemandu yang sedang memandu kita sekarang kerana bas yang dipandunya telah hampir rosak dan tidak berfungsi dengan baik lagi. Cari sahaja pemandu lain supaya bas-bas itu dijaga dan mendapat ‘maintenance’ yang lebih baik.Lagi pun pemandu yang sekarang ini selalu makan sambil memandu.

Jika pemandu sekarang masih memandu maka ‘premium’ insurannya akan terlalu mahal kerana ‘loading’ kepada premiumnya terlalu tinggi, ‘loading’ kepada insurannya itu menjadi tinggi disebabkan risiko yang terlalu tinggi dan merbahayakan bas-bas yang akan dipandunya itu. - Aspan Alias

Masa Untuk Tukar Pemandu - Jangan Bahayakan Diri Kita !

Biasanya, kalau kita memandu kereta, dan perjalanan pula adalah jauh, maka kita akan mudah terasa letih dan mengantuk. Biasalah tu.

Maka adalah lebih bijak kalau kita berhenti rehat atau kita digantikan oleh pemandu yang lain. Betul atau tidak?

Sebab itu disepanjang Highway, PLUS membina tempat rehat. Ada tempat makan minum, malah untuk 'hajat' dan mandi untuk kita semua.

Di highway juga ada lorong kecemasan untuk kita berhenti bila perlu - samada kerana kenderaan rosak atau untuk bertukar pemandu dalam perjalanan

Sebab itu, bas perjalanan jauh mempunyai pemandu kedua bagi tujuan tersebut supaya tidak membahayakan para penumpang dan pengguna jalanraya yang lain. Begitu juga kapalterbang, dia ada co-pilotnya.

Maka, pemandu perlu bertukar untuk mempastikan keselamatan dalam perjalanan.Dalam perjalananlah yang perlu kita ganti untuk menjamin keselamatan dan sampai ke destinasi.

Tetapi, Perdana Menteri kita kata : Jangan tukar pemandu dipertengahan jalan kerana merbahaya.

Maksudnya jangan tukar kerajaan dalam pilihanraya ini kerana itu adalah merbahaya. Ha! ha! ha! Najib, Najib!

Bukan sahaja pemandu perlu ditukar.Malah kenderaan itu sendiri pun perlu ditukar bila sudah rosak dan tidak mampu untuk meneruskan perjalanan.

Kalau nak tunggu sampai ke destinasi baru nak tukar pemandu atau nak tukar kenderaan , bila masanya?

Bila masanya nak sampai kalau pemandu sudah tidak berdaya dan kenderaan pula sudah rosak?

Tiada jalan lain - kena tukar pemandu, kena tukar bas yang lebih selesa - ada hawa dingin dan sebagainya barulah hidup kita sentosa dan bersantai dalam perjalanan.

Begitulah dengan Najib, Umno/BN yang jelas sudah rosak dengan amalan KKN - Korupsi, Kronisme dan Nepotisme. Tukar mereka ini! - Alhusseyn51

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/veteran-umno-najib-pemandu-sewel-dan.html

No comments:

Post a Comment