Friday, April 13, 2012

UMNO BN makin gila


Buku Jingga Ancam Keselesaan Kuasa UMNO-BN


Apakah Barisan Nasional telah hilang pertimbangan waras atau semakin kecut apabila rakyat mula menuntut tekanan ekonomi ciptaan kerajaan dimansuh atau dikurangkan?

Malaysia tidak akan bankrap jika memenuhi tuntutan kebajikan rakyat pelbagai kaum yang telah banyak berjasa negara dengan pembayaran cukai-cukai yang dikutip saban tahun. Apalagi ditambah pula dengan hasil bumi yang kaya seperti minyak dan sawit, sumber dari pelancongan, perindustrian dan sebagainya.

Pemansuhan yang waras

Pemansuhan PTPTN dan kutipan tol lebuh raya serta memperkenalkan gaji minima adalah sebahagian daripada tawaran Pakatan Rakyat jika menerajui kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. Banyak lagi tawaran yang akan membahagiakan hidup kita.

Sebagai rakyat, kita akan lebih selesa, mewah dan sangat bersyukur sekiranya ia dilaksanakan. Malah bukan tawaran ganjaran ekonomi sahaja, malah pembersihan sistem dan nilai yang semakin pupus di bawah pemerintahan UMNO-BN yang selama ini semakin terpisah daripada rakyat.

Malaysia bukanlah sebuah negara miskin. Ia cuma akan bertambah miskin sekiranya pentadbiran pengurusan wang negara ditadbir seperti sekarang oleh UMNO-BN. Sedangkan negeri-negeri Pakatan yang mempunyai sumber kewangan yang amat terhad mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat tanpa perlu kepada korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Apakah kita sudah lupa kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala yang meramalkan Malaysia akan bankrap pada 2019? Ia secara langsung membuktikan segala dakwaan Pakatan Rakyat selama ini adalah tepat.

Lihat sahajalah Laporan Ketua Audit Negara yang berkaitan salah tadbir urus wang negara hingga menyebabkan kerugian akibat boros dan rasuah. Pendedahan laporan ini membuatkan pimpinan UMNO-BN tidak keruan.

Jaminan kehidupan lebih baik

Benar. Malaysia semakin miskin dan kualiti kehidupan kita semakin terjejas sekiranya UMNO-BN terus memerintah. Malah hak asasi dan kebebasan semakin terhakis sebagai mana Akta Perhmpunan Aman cuba menyekat hak rakyat manakala rang undang-undang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan lebih mengekang kebebasan kita.

Ini belum lagi ditambah dengan pembongkaran ketirisan wang keluar negara yang berjumlah sekitar USD291 bilion (bersamaan dengan sekitar RM1 trilion!) Pengembalian aset ini kepada negara sudah cukup untuk melaksanakan bukan sahaja tiga tuntutan seperti mana di atas malah lebih banyak dari itu.

Kenapa ini berlaku? Mana ketelusan dan integriti kerajaan UMNO-BN di sebalik kempen propaganda 1Malaysia yang melenyapkan jutaan ringgit wang rakyat? Sepatutnya hasil negara dan cukai-cukai yang dikenakan sejak puluhan tahun akan menambahkan pendapatan negara tetapi ia berlaku sebaliknya.

Nampaknya, kerajaan UMNO-BN merasakan tawaran Buku Jingga mengancam kedudukan mereka. Ini kerana tawaran bernas Buku Jingga bersandarkan dengan fakta yang kukuh: negara sebenarnya mampu.

Negara miskin dan dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat seperti Cuba pun mampu memberi pendidikan dan perkhidmatan kesihatan percuma yang bermutu, inikan pula Malaysia yang agak kaya juga.

Semakin para pemimpn UMNO-BN menempelak tawaran Buku Jingga, semakin pekung mereka terbongkar. Rakyat sudah semakin muak dengan mainan politik mereka. Perubahan harus berlaku. -Roketkini.com

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/umno-bn-makin-gila.html

No comments:

Post a Comment