Friday, April 13, 2012

SPR tanding p'raya ???

BERSIH hari ini mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanding dalam pilihan raya jika suruhanjaya itu mendakwa mendapat sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia.

"SPR bukan dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia. Mereka tidak bertanding dalam pilihan raya.

"Jika mereka ingin bercakap tentang perkara itu (isu sokongan majoriti), minta mereka bertanding dalam pilihan raya," kata anggota jawatankuasa pemandu BERSIH P Subramaniam.

Beliau mengulas kenyataan SPR yang berulang kali mendakwa pengkritiknya tidak mendapat sokongan majoriti.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar mendakwa SPR masih mendapat kepercayaan majoriti rakyat Malaysia.

Sebagai respons kepada desakan supaya beliau meletakkan jawatan, Wan Ahmad dilapor menggesa BERSIH menghormati suruhanjaya yang dilantik yang Yang di-Pertuan Agong seperti ditetapkan dalam perlembagaan. Mkini

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/spr-tanding-praya.html

No comments:

Post a Comment