Thursday, April 12, 2012

RANKING BOLA : MEMALUKAN MALAYSIA LEBIH RENDAH DARI BANGLADESH & FILIPHINA

Amat memalukan!. Hanya itulah yang boleh kita katakan dengan kedudukan pasukan Malaysia dalam ranking Bolasepak FIFA apabila negara kita menduduki kedudukan 156 berbanding dengan Bangladesh di kedudukan 152, Filiphina (148) dan Samoa (155).


Bagaimana kita boleh berada dalam ranking lebih rendah dari Bangladesh dan Filiphina sedangkan kita tahu kedua-dua pasukan itu adalah pasukan belasahan dan lemah.

Mengapa FAM begitu lemah dan lembap dalam menguruskan pasukan negara sehingga pasukan kita dimalukan dengan sedemikian rupa.

Jika benar kemerosotan kedudukan pasukan kebangsaan di sebabkan kurangnya penyertaan kita pada kejohanan antarabangsa dan kurangnya perlawanan antarabangsa, mengapa FAM tidak mengaturkan perlawanan tersebut demi menjaga maruah kita.

Malah dalam Negara Asia Tenggara Malaysia terperosok ke tangga ke enam di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura serta Filiphina

Apalah nasib pasukan kita. Bayangkan betapa teruk prestasi pasukan kita sehingga gagal mendapatkan sebarang mata pada pusingan kelayakan Olimpik apabila tewas semua perlawanan kepada pasukan Jepun, Syria dan Bahrain.

Sesuatu mesti dilakukan demi masa depan pasukan Negara. Pihak pengurusan FAM mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan fakta yang amat memalukan ini. - Mutaligat
Nampaknya kedudukan skuad bolasepak negara dalam ranking FIFA semakin merosot pada tahun ini. 

Jika pada Januari lalu, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke 18, pada Februari terus ke angka 150, Mac 152 dan kini pada bulan April 2012 meningkat ke 156. Kemerosotan ini amat menyedihkan dan bertambah teruk bila pasukan negara berada di atas pasukan yang tidak mempunyai kemudahan asas bolasepak yang baik seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (154) (tak pernah dengar pun nama negara ni.) dan Samoa (155). 

Malahan di kalangan Asia Tenggara sendiri Malaysia berada di tangga kelima di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151). Bagi kedudukan Asia, Malaysia jatuh tingga anak tangga dari kedudukan ke 27 berbanding 24 tahun lepas. Kemerosotan ini akibat kurangnya perlawanan persahabatan antarabangsa yang kompetitif. Ditambah pula dengan keputusan yang tidak memihak pasukan kita ketika perlawanan persahabatan sebelum ini.

Ini sedikit sebanyak mencalar reputasi pasukan Malaysia yang berjaya memenangi Piala AFF sebelum ini. Pihak FAM perlu mengambil inisiatif terbaik untuk meningkatkan kembali ranking pasukan kebangsaan. Perlawanan persahabatan yang lebih berpotensi untuk meningkatkan ranking perlu diadakan dalam tempoh terdekat. 

Ditambah pula dengan kejohanan AFF 2012 yang bakal menjelang tiba, pastinya pasukan kita memerlukan sebuah skuad yang mantap bagi mengekalkan trofi di Malaysia. Juga diharapkan agar isu dalaman FAM dapat diselesaikan secepat mungkin untuk kemajuan bolasepak negara.

Sumber Berita :- Bernama dan Website FIFA

Sekian

p/s :- Memang tak patut kalau pasukan Malaysia yang mempunyai stadium dan sekolah sukan tapi rankingnya lebih teruk dari pasukan Palestin yang mana pemainnya lebih banyak berkelana di negara luar..

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/ranking-bola-memalukan-malaysia-lebih.html

No comments:

Post a Comment