Tuesday, April 3, 2012

Hasan Si Lebai Malang, bergurukan Datuk "T"

Ala-ala Datuk T juga Hasan Akidah Murai tengok. Sebelum dedah video murtad beliau jaja ke hulu ke hilir kononnya beliau ada bukti berlaku permurtadan. Sudah acap kali Murai dengar dia nak dedah hari Isnin. Isnin lepas Isnin akhirnya dia dedah juga video tak sepertinya itu.

Hasan Akidah berharap dunia akan terkejut dengan pendedahan itu. Orang akan kata dia hebat dan dianggap sebagai pahlawan terbilang memperjuangkan Islam. Alih-alih tidak jadi apa-apa. Video yang hendak didedahkan hanya rakaman percakapan dan tidak dibenarkan siar. Kononnya untuk jaga keselamatan.
Keselamatan kepada hotaknya, dedahlah. Kalau pun Hasan atau si membuat pengakuan itu ditembak, kan itu mati syahid? Semua orang Islam hidamkan mati syahid.

Murai percaya apa didedahkan itu hanya rekaan Hasan semata-mata. Pakar motivasi pandai putar lidah dan mengetik bibir... Selagi Hasan tak siar keseluruhan orang tak percaya. Tengok apa jadi dengan nasib video Anwar main perempuan, tak ada siapa mempercayainya walaupun ia lebih 50 peratus mirip Anwar.

Rakyat negara ini sudah tahu dan manglai dengan penipuan eletronik begitu. Tektik Hasan memancing hati rakyat dengan isu video itu sudah basi. Terkilau ikan di air sudah tahu jantan bertinanya. Selalu si Hasan Akidah ini tertinggal keretapi.

Apakah Hasan Akidah belajar dengan Datuk T? Bagi Murai perjuangan Hasan tidak ke mana. Ia setakat birai rumahnya sahaja dan lasak dalam kamar tidur sahaja. Apa yang beliau lakukan bukan menambah baik tetapi memburukkan keadaan. Bukan saja Pas parti yang dia nak sokong juga menjadi busuk. Hasan akan berkubur sebelum dia masuk keranda. Nasib Hasan Akidah tak ubah seperti Lebai Malang di hulu terlepas ke hilir terburai.


Video murtad tak penting - kenapa Dr Rani berkata begitu? Baca SINI

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/hasan-si-lebai-malang.html

No comments:

Post a Comment