Wednesday, April 25, 2012

[Gambar & Video] Petugas UMNO/BN hidangkan Tarian Separa Bogel dan Babi Panggang Ganggu Majlis Pra-BERS✔H

PANAS MENDIDIH TAPI BENAR!!!!!....PARA PETUGAS UMNO,YANG MENGANGGU CERAMAH PAS/PAKATAN RAKYAT DI GOPENG, DIHIDANGKAN DENGAN TARIAN SEPARUH BOGEL DAN BABI PANGGANG...CARA ISLAM WASSATIYAH MENJAGA PENYOKONG-PENYOKONGNYA!!!!

Sejak kebelakangan ini sudah menjadi lumrah dan kelaziman tegar, setiap program kelolaan Pakatan Rakyat sekitar Dun Sg Rapat, pasti ada gangguan.

Ketakutan Umno/BN semakin menjadi-jadi, walau dengan apa cara sekalipun, program-program Pakatan perlu diganggu-gugat. Namun yang pastinya, sedar atau tidak, segala gangguan tersebut kini merupakan daya penarik untuk orang ramai bertumpu dan berasak-asak ke program Pakatan Rakyat.

Pada malam pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng di Desa Pakatan, Ipoh baru-baru ini, UMNO telah cuba menganggu ceramah Pakatan Rakyat dengan membuat satu pesta tarian separuh bogel, tarian singa dengan dentuman muzik yang cukup kuat.

Selepas itu para petugas mereka akan dijamu dengan arak dan babi pangang.

Gopeng: Pelancaran Pra Bersih 3.0 Peringkat Parlimen Gopeng yang dihadiri oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said malam tadi dicemari dengan gangguan daripada pihak tertentu.

Pelbagai acara diadakan untuk mengganggu program anjuran Pemuda Pakatan Rakyat kawasan tersebut termasuklah tarian separuh bogel, tarian singa, percikan bunga api dan sebagainya.

Program yang diadakan hanya seberang jalan kira-kira 10 meter itu dipercayai dianjuran oleh BN kerana ianya bukan kali pertama malah enam program Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sebelum ini turut diganggu.

Pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; dan Timbalan Ketua AMK, Pusat Khairul Anuar Zainudin.

A Samad Said dalam ucapannya kesal dengan gangguan ini dan ianya menggambarkan BN berusaha untuk menyekat kebangkitan rakyat.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menjelaskan, negara sekarang dalam suasana yang amat ‘merungsingkan’.

“Kita mahukan lunas-lunas demokrasi di Negara ini diperbetulkan, tapi orang yang sudah berkuasa lebih 5 dekat tidak mahu itu.

“Sebab mereka merasakan jika pilihanraya di Negara ini bersih, mereka akan dibersihkan,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh kira-kira 2,000 hadirin.

Menurutnya, Pakatan Rakyat mempunyai watak-watak yang istimewa untuk memerintah dan rakyat perlu membantu mereka untuk memerintah.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, BN ketika ini sangat takut dengan suara dan kebangkitan rakyat kerana ianya akan menggugat mereka untuk terus berkuasa di Negara ini.

“Saya menggesa seluruh rakyat di negeri Perak ‘turun’ ke himpunan Bersih 3.0 sabtu ini untuk memberi isyarat kepada BN bahawa rakyat sudah bangkit dan menolak mereka,” jelasnya. -HD

Gangguan dan provokasi melampau di program pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng

Di setiap program kelolaan Pakatan Rakyat sekitar Dun Sg Rapat, pasti ada gangguan. Dengan atau tanpa gangguan, program tersebut pastinya berjaya juga

Ketakutan Umno/BN semakin menjadi-jadi, walau dengan apa cara sekalipun, program-program Pakatan perlu diganggu-gugat. Namun yang pastinya, sedar atau tidak, segala gangguan tersebut kini merupakan daya penarik untuk orang ramai bertumpu dan berasak-asak ke program Pakatan.

Pada malam pelancaran Bersih 3.0 peringkat Parlimen Gopeng di Desa Pakatan, Ipoh itu, pihak yang berada di seberang jalan sahaja daripada tapak ceramah Pakatan telah mengadakan upacara tarian naga, tarian amoi dan hidangan khinzir panggang dengan bunyi muzik yang begitu kuat sekali.

Tarian amoi seksi yang dihidangkan bersama dentuman muzik yang sungguh kuat dihadapan tidak lebih daripada 30 orang, semata-mata untuk mengganggu suara penceramah disebalik jalan sana.

Saksikan video dibawah untuk melihat suasana pada waktu itu:

3 ekor khinzir panggang yang diletakkan di bawah khemah menghadap kepada tapak ceramah Pakatan

Suasana menjadi tegang apabila orang ramai menyerbu tapak khemah tarian dan muzik semasa YB Dr Lee Boon Chye sedang berunding dengan pihak di sebelah sana untuk perlahankan sedikit bunyi muzik mereka. Menurut ketua keselamatan pihak penganjur ceramah, pihak polis yang berada di situ telahpun dimaklumkan akan provokasi yang dilakukan diseberang jalan sana, namun tiada apa-apa tindakan yang di ambil.

Akibatnya, orang ramai yang tidak berpuashati kerana mengganggu mereka untuk mendengar ceramah telah menyerbu ke khemah tempat peralatan muzik. Namun yang demikian, dengan kecekapan pihak UKP dan Unit Amal yang bertindak pantas untuk menghalang orang ramai daripada membuat sesuatu yang tidak diingini.

Kita lihat video suasana tegang tersebut:-
Selepas menonton video diatas, jelas kelihatan pihak keselamatan Pas telah berjaya menyelamatkan keadaan
Suasana tegang tersebut dapat diatasi dan disuraikan oleh UKP dan Unit Amal

Bunga api dan mercun juga digunakan untuk membuatkan suasana yang hingar-bingar

Diharapkan semoga segala gangguan dan provokasi sebegini dapat dihentikan demi kesejahteraan dan keharmonian penduduk setempat dan juga pengunjung yang datang beramai-ramai untuk mendapatkan penjelasan dan maklumat terkini di ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat.

kredit: Ajijoi , GB & Omakkau

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/gambar-video-petugas-umno-hidangkan.html

No comments:

Post a Comment