Wednesday, April 4, 2012

Alahai Hasan Ali kena EJEK dgn orang kampong...

HASSAN JATI DIEJEK - MAHU CAKAP SOAL AKIDAH ATAU KUTUK PAS?
Akibat Menyampah, Ceramah Hassan Ali Di Parit Buntar Kena Ejek Dengan Orang Kampung


Oleh Addin

Gambar kat atas ini ialah ceramah Hassan Ali di Parit Buntar. Jikalau perhatikan betul-betul kemudahan- kemudahan ceramah ini di taja oleh Majlis Daerah Kerian, dan perkara ini jangan di impikan sekiranya Hassan Ali masih bersama PAS. Menurut blog PASPB, di belakang Hassan Ali ialah Ketua Pemuda Umno Bagan Serai dan mengesahkan bahawa Hassan Ali sememangnya ditaja Umno untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat. Ianya merupakan tindakan bacul orang yang bernama Hassan Ali. Di bawah ini adalah pendedahan PASPB mengenai ceramah Hasan Ali di Parit Buntar baru-baru ini..

TERKINI!!! Hasan Ali sedih dapat layanan buruk dari orang PAS Parit Buntar.

"Program roadshow saya di Parit Buntar di adakan di Pekan Batu 5, Jalan Baharu Parit Buntar. Kehadiran amat memuaskan - sekitar 5 ribu orang. Ust Hafiz Nordin menjadi penceramah pertama. Agak sedih kerana ada di kalangan yang hadir yang saya percaya merupakan teman-teman PAS/PR telah cuba mengganggu ceramah beliau apabila Ust Hafiz mula menceritakan isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Parit Buntar banyak meninggalkan kenangan buat saya. Disinilah saya memulakan karier politik saya sebagai ahli parlimen. Namun agak menyedihkan apabila ada teman-teman akrab saya di Parit Buntar ini terpaksa mengenepikan semangat ukhuwwah Islamiyah hanya kerana saya bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Saya masih berharap agar tali silaturrahim tidak akan terputus hanya kerana kita mempunyai pandangan yang mungkin agak berbeza".- fb Hassan Ali

Kasihan bila membaca keluhan Hasan Ali dalam FB mengulas ceramahnya di Parit Buntar. Kasihan kerana Hasan Ali tidak dilayan macam dulu oleh orang PAS. Kasihan , mungkin pertama kali ceramahnya diganggu sepanjang ceramahnya ke seluruh negara. Pulak tu di Parit Buntar, tempat dia pernah jadi Ahli Parlimen.

Wahai Hasan Ali, siapa yang ketepikan semangat ukhuwwah? orang PAS atau Hasan Ali. Setakat mari ceramah Selamatkan Akidah orang PAS Parit Buntar tak akan marah, tapi isu akidah digunakan untuk hentam PAS di kubu PAS. Siapa yang tak marah?

Nak ceramah Selamat Akidah , ceramah la orang PAS Parit Buntar tak kisah. Sebab PAS dah lama perjuangkan akidah orang Islam. Masalahnya, bila ceramah bab akidah salahkan PAS, salahkan Pakatan Rakyat. Apa cite, orang PAS Parit Buntar bukannya bodo, bukan tak tak tahu isu murtad.

Ukhuwwah la dengan UMNO kerana ceramah itu pun Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai guna atas nama Majlis Belia Daerah Kerian. MDK pun baik punya bagi kemudahan, lepas tolong sediakan kemudahan untuk ceramah. MDK nak turun pula bendera PAS sepanjang jalan di Parit Buntar , sebab UMNO sakit mata.

Memang orang PAS Parit Buntar dan Bagan Serai yang meramaikan ceramah itu, bukan kerana nak sokong Hasan Ali dan bukan juga nak ganggu ceramah. Cuma nak dengar penampilan baru Hasan Ali lepas dipecat oleh PAS.

Bila orang PAS dah mai, ceramah la bab Selamatkan Akidah , ini tidak dok belasah PAS , dok belasah pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan semua orang PAS boleh tahan sabar. Itu pun pimpinan PAS Parit Buntar minta orang PAS bertenang. Tak la sampai baling batu, maki, sepak terajang macam Samseng UMNO ganggu ceramah PR.

Baru sikit orang PAS bising dah minta polis tolong, yang samseng UMNO bermaharaja lela ganggu ceramah PAS di kawasan lain. Polis buat dek , macam tak berlaku apa-apa. Sampai Samseng UMNO baling batu melayang atas kepala polis pun , polis tak ambil tindakan.

Cukup la Hasan Ali nak bersandiwara. Kalau nak berjuang akidah , berjuang betul-betul. Ramai orang PAS akan sokong. Tapi berjuang isu akidah kerana ada maksud lain. Tak payah la nak gebang kat orang PAS Parit Buntar.

UMNO dah jaja merata kononnya, orang PAS dah kalih buktinya ramai yang pi ceramah Hasan Ali. Simpan la angan-angan tu. Orang PAS Parit Buntar bukan mudah kalih hanya dengan satu ceramah macam tu.

Tahniah la kepada Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai kerana berjaya bawa Hasan Ali ceramah di Parit Buntar setelah lama dia mengidam nak ceramah di Parit Buntar.Tapi kenapa UMNO Bagan Serai, mana UMNO Parit Buntar? ~paspb

Apa matlamat Hasan Ali sebenarnya? - Baca SINI

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/alahai-hasan-ali-kena-ejek-dgn-orang.html

No comments:

Post a Comment