Tuesday, March 27, 2012

Nazri aziz Bapa Yang Bertanggung Jawab???

Nazri aziz dah bagi respon isu anak dia yang terlibat dalam insiden bergaduhan di kondominium mount kiara baru2 neh. Respon dia rujuk bawah ;

Artikel penuh klik sini.

1. Nazri aziz kata dia tak boleh komen isu neh sebab nanti menimbulkan prejudis. Okey, aku setuju. Memang betul, kalau dia komen, takut lebih2 sampai tersalah komen. So untuk elakkan daripada tersalah komen better tak perlu komen apa2.

2. Nazri aziz juga sebut bahawa dia tidak patut dipertanggungjawabkan dengan apa2 yang dilakukan oleh anak dia, tiada kaitan dengan dia. Yang neh pun aku setuju. Budak tue bukan budak bawah umur der. Dia dah dewasa dan besar panjang so sendiri buat sendiri lah tanggung. Memang memalukan mak bapak tapi still sendiri buat sendiri gak tanggung.

3. Kenyataan polis pula menyebut bahawa insiden pergaduhan tue hanya melibatkan bodyguard nedim anak nazri aziz dengan pengawal keselamatan. Tatau kenapa nama anak nazri terkait. Yang neh aku tak setuju dengan polis.

Terkaitnya nedim dalam isu neh sebab bodyguard tue bodyguard nedim. Cuba kalau si nedim tue nasihatkan bodyguard dia bebaik2, hoii dia soh register nama berasingan tue register je lah, yang lue nak melawan dia kenapa? Dia pekerja kat sini, lue respect lah, dan lue pekerja wa, lue ikut lah cakap wa. Nah, simple.

Nedim, walaupun mungkin tidak membantai pegawal keselamatan terbabit, tetapi jika dia tidak menghalang ataupun meleraikan pergaduhan tersebut itu bermaksud dia merelakan dan merestui tindakan bodyguard dia. Harus di ingat bodyguard dia tue ditugaskan untuk melindungi diri dia, jadi apa2 tindakan yang bodyguard dia buat adalah berpaksikan kepada restu bos dia. Sebab, sedang bekerja ma. Bukan terserempak kat situ. Sebab tue nedim perlu dikaitkan dalam kes neh. Jadi tolong faham.

Anyway, wartawan tak tanya pula isu porche dan kekayaan luar biasa anak nazri aziz ye? Yang tue aku rasa nazri boleh boleh ulas kan? Lain kali tolong tanya nak dengar gak respon nazri aziz atas isu neh. Awat kaya sangat anak hang tue oii.

Ameno : Ce tengok gambar senyum nazri aziz tue bebaik..

No comments:

Post a Comment