Monday, March 12, 2012

Najib dapat RM 409,767.00 untuk perbelanjaan Majlis Pertunangan anaknya dengan seorang komunis???!!!

Jingga 13 Lapor SPRM - Najib Belanja Pertunangan Anaknya Guna Wang Rakyat!!!
Kegagalan Najib untuk menyediakan 8 bukti yang diperlukan oleh rakyat diatas tuduhan yang dikenakan oleh pihak Parti Keadilan Rakyat yang diketuai oleh Saudara Rafizi Ramli kelmarin telah menyebabkan sepasukan NGO Mesra PKR Jingga13 mengambil langkah seterusnya hari ini!!
Jingga13 yang akan diketuai oleh pengerusinya, Saudara Fariz Musa bakal menerjah pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang beribupejabat di Bandaraya Shah Alam dengan membawa bukti penting yang diperlukan oleh SPRM. Walaupun pihak pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menafikan dakwaan Putrajaya menanggung perbelanjaan majlis pertunangan anak perempuan Najib, tetapi gagal menyertakan 8 bukti ( Baca SINI ) yang akan mengesahkan penafian tersebut!
Disebabkan kegagalan Najib menafikan dakwaan tersebut, akan mendorong Jingga13 bersama rakyat Malaysia akan menyerahkan bukti-bukti yang menunjukkan Najib telah menggunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri telah mempergunakan PMO untuk mendapatkan dana khas bagi majlis pertunangan anaknya.

Kami dari Jingga13 menjempuat seluruh rakyat Malaysia amnya dan penduduk Shah Alam khususnya, supaya turun bersama kami menyerahkan bukti penting tersebut!

Tarikh : 12 Mac 2012
Tempat: Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Shah Alam,
Waktu : 2.00 petang

Rakyat cuma diberi RM500.00 seorang(terpilih & layak sahaja) itupun guna wang rakyat, tetapi Perdana Menteri Malaysia dapat RM 409,767.00 untuk perbelanjaan Majlis Pertunangan anaknya dengan seorang komunis dari Kazakhastan. Dimanakah slogan 1Malaysia? Rakyat Didahulukan RM 500.00, Pemimpin kebas RM 409,767.00?Jingga 13

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/najib-dapat-rm-40976700-untuk.html

No comments:

Post a Comment