Monday, March 19, 2012

Malaysia Negara Paling Selamat Kah kah kah

Polis Turut Dicekup Kerana Menculik
 
ALOR SETAR: Tiga penjenayah termasuk seorang anggota polis digantung kerja tidak sempat ‘meraikan’ wang tebusan RM40,000 diperoleh apabila mereka ditahan selepas menculik seorang lelaki di depan hotel di Bedong, Sungai Petani, Jumaat lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 50 tahun itu ditahan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur arah utara, jam 2 pagi kelmarin selepas keluarga mangsa menyerahkan wang tebusan RM40,000.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, mangsa, seorang lelaki berusia 23 tahun dari Sedaka, Yan, dekat sini, diculik ketika mahu memasuki keretanya, Proton Gen2 di depan hotel berkenaan oleh tiga lelaki menaiki Honda Civic disyaki dicuri beberapa minggu sebelum itu.

Selepas menculik mangsa dan mencuri keretanya, suspek membawa lelaki itu ke ibu negara sebelum menghubungi keluarganya bagi meminta wang tebusan RM60,000. Bagaimanapun, hasil rundingan, kumpulan penculik itu bersetuju menerima RM40,000.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis yang menerima laporan daripada keluarga mangsa merancang membayar wang tebusan itu di satu lokasi di ibu negara. -hm

Polis culik peniaga diberkas
 
AHMAD menunjukkan gari dan sebahagian wang yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Alor Setar, Kedah semalam.

ALOR SETAR – Kecekapan polis Kedah menyiasat satu kes culik di Bedong, Sungai Petani dekat sini dapat menahan tiga lelaki termasuk seorang anggota polis yang bersekongkol dengan perbuatan jahat tersebut di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Kesemua suspek berusia antara 28 dan 50 tahun tersebut ditahan pada pukul 2 pagi.

Anggota polis tersebut bertugas di Negeri Sembilan tetapi dia kini digantung kerja sejak beberapa bulan lalu ekoran kes dadah manakala dua lagi rakannya mempunyai rekod jenayah berkaitan kes curi kenderaan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila mangsa, 23, yang bekerja sendiri telah diculik di hadapan sebuah hotel di Bedong pada pukul 11 pagi Khamis lalu.

Katanya, ketika itu, sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki suspek telah menghalang kereta jenis Proton Gen 2 mangsa sebelum salah seorang suspek memperkenalkan diri sebagai polis Bukit Aman.

“Suspek kemudian menolak mangsa ke dalam keretanya dan penjenayah telah memandu kenderaan tersebut hingga ke Kuala Lumpur.

“Suspek kemudian meminta ahli keluarga peniaga pakaian itu membayar RM60,000 tetapi ia dikurangkan kepada RM40,000,” katanya.


Tahniah dan syabas polis kerana berjaya mencekup penjenayah dan mengambil tindakan pantas sekalipun ke atas anggotanya sendiri.

Namun seperti yang diluahkan GB sebelum ini, GB masih tertanya-tanya kenyataan Menteri KDN ini:
 

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/malaysia-negara-paling-selamat-kah-kah.html

No comments:

Post a Comment