Sunday, February 12, 2012

UST AZHAR IDRUS SOKONG UMNO?


SINAR semalam menyebut bahawa Pendakwah terkenal, Us Azhar Idrus tidak menjadi ahli PAS. Maka, seronoklah puak-puak Umno yang sekular itu mendengar berita sedemikian. Cuma, wartawan tidak bertanya kepada Us Azhar, apakah parti yang beliau pangkah sewaktu Pilihanraya? Umno atau Bn?


Aku sokong Us Azhar tidak menjadi ahli PAS, tetapi siapa boleh bertaruh bahawa Us Azhar mengundi Umno/Bn dan tidak mengundi PAS? Kepada sesiapa sahaja yang sering mengikuti kuliah Us Azhar pasti tahu parti mana pilihan Us Azhar Idrus. Sebab itu, bak kata Us Azhar sendiri dia tidak pelik jika Umno tidak menjemputnya berceramah atau memberi Kuliah. Tidak pelik juga beliau sering dijemput oleh PAS untuk memberikan kuliah atau ceramah.

Menjadi ahli PAS tidak wajib pada pendapat aku. Yang wajib adalah menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Aku sendiri pun bukan ahli PAS, tetapi aku merasa satu kewajipan menyokong PAS. Aku ahli PKR selagi PKR bekerjasama dengan PAS yang dasarnya Islam. Andaikata PKR menjalinkan kerjasama dengan Umno, aku tidak akan setia dengan PKR dan aku akan keluar parti untuk menyertai PAS.

Ertinya menjadi ahli itu perkara nombor dua. Paling penting menyokong perjuangan yang dibawa oleh PAS. Ada rakan-rakan dari Umno mengatakan Us Azhar sendiri tidak menjadi ahli PAS. Aku cabar mereka bertanyakan soalan di dalam mana-mana Kuliah Us Azhar, parti manakah yang Us Azhar pilih samada Umno atau PAS? Aku jamin, Us Azhar akan menyebut bahawa PAS adalah pilihannya. Sebab apa? Sebabnya Umno parti Melayu bukan parti Islam jauh sekali berdasarkan Islam. Bahkan, sekarang ini untuk sebut Umno parti Melayu pun sudah jauh terpesong kerana terlalu banyaknya hak-hak Melayu dirampas dan dicekik oleh pemimpin Umno./wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment