Tuesday, February 14, 2012

Terkini !!! Shahrizat Bakal Di Pecat Esok?

Angin bertiup kencang dialam maya mengatakan Shahrizat bakal digugurkan daripada jawatan menteri esok. Shahrizat yang kini dilihat sebagai beban kepada Umno dan Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja. Skandal lembu NFC yang melibatkan sejumlah RM250 juta yang melekat begitu kuat dibatang tubuh Shahrizat sekeluarga.

"Terima info Shahrizat digugur menteri esok? Ada sesiapa dapat info yang sama?" dipetik daripada twitter Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.
Shahrizat yang dilihat begitu liat untuk diambil tindakan, mungkin kerana ugutannya yang berbunyi 'Menteri Umno mana yang tidak ada masalah?' bakal melondehkan pimpinan-pimpinan Umno yang punyai rekod hitam sekiranya jawatan beliau digugurkan.

Soalnya sekarang, beranikah Najib menggugurkan Shahrizat dikala momentum rakyat yang mahukan perubahan semakin kuat?

Dan siapakah pula yang layak untuk menerajui jawatan Ketua Wanita Umno yang tidak sudah-sudah dengan kontroversi sensasi.~ajijoi / Addin

Esok merupakan mesyuarat kabinet yang biasanya dipengerusikan Najib Altantuya di Putrajaya.

Spekulasi kini tersebar luas di beberapa sumber termasuk dari Jabatan Perdana Menteri sendiri petang tadi.

Bagaimanapun sumber yang rapat dengan PWTC memaklumkan satu sidang akhbar akan diadakan berkenaan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) di mana pengerusinya adalah suami Shahrizat sendiri, Mohammd Salleh Ismail.

Dikatakan, menurut sumber itu lagi, bekas Bendahari Umno-APCO yang juga salah seorang WARLORDS Umno-APCO, Daim Zainuddin mengarahkan supaya Shahrizat digugurkan selepas selesai mesyuarat kabinet.

Sumber itu juga menambah, Shahrizat mesti dugugurkan bagi menyelamatkan Umno-APCO kerana majoriti orang Melayu sudah mula mempersoalkan tindakan Shahrizat dan keluarganya membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.

Sekiranya laporan ini benar, Naib Ketua Wanita, Kamilia Ibrahim (kanan) dijangka akan menggantikan tempat Shahrizat di sebalik tarikh pilihanraya umum mula dijangka dalam waktu terdekat.


http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/terkini-shahrizat-bakal-di-pecat-esok.html

No comments:

Post a Comment