Friday, February 10, 2012

Raja Nong Chik bekal maklumat untuk jatuhkan Shahrizat?

Bagi yang telah lama menetap di kawasan parlimen Lembah Pantai pasti mengetahui "perang dingin" yang berlaku di dalam Umno bahagian tersebut.

Dalam PRU 12 lalu, Datuk Raja Nong Chik yang merupakan Ketua Umno Lembah Pentai diketepikan bagi memberikan laluan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk menjadi calon BN.

Team Raja Nong Chik dalam Umno Lembah Pantai tidak pernah berkempen membantu Shahrizat dalam PRU 12 lalu. Mereka dipercayai turut mensabotaj Ketua Wanita Umno itu sehingga tumpas ditangan Nurul Izzah - pertama kali bertanding dlm pilihan raya.

Raja Petra Kamaruddin dalam blognya Malaysia Today hari ini mendakwa Raja Nong Chik lah yang membekalkan maklumat kepada PKR dalam isu NFC dengan niat untuk "menghapuskan" pencabarnya itu. Klik disini.

Ini tidak mustahil berlaku kerana jika Shahrizat Jalil jatuh, kedudukan Raja Nong Chik sebagai calon BN di Lembah Pantai tidak tergugat. Lebih bertuah lagi, perdana menteri pada hari ini, Datuk Seri Najib Razak adalah sahabat baiknya.

Lihatlah berapa banyak kali Najib turun ke program Raja Nong Chik di Lembah Pantai?

Cabaran besar Raja Nong Chik adalah bagaimana untuk menewaskan Nurul Izzah. Jika berjaya, Najib akan melantiknya ke jawatan menteri yang lebih kanan. Dengan syarat BN masih menang dalam PRU 13.


Pendedahan seterusnya di SINI

No comments:

Post a Comment