Thursday, February 2, 2012

Rahsia Pembangunan Manjung

Intro
Pasai apa aku kata rahsia…sedangkan ianya bukan rahsia pun? Sapa-sapa pun boleh dapat maklumat pembangunan bagi sesuatu bandar itu…asalkan ada duit atau kabel.

Apa yang berlaku di Teluk Rubiah sepatutnya menjadi satu pengajaran kepada semua. Perkara tersebut tak sepatutnya berlaku kalau rakyat tau apa yang dirancangkan oleh pemerintah. Orang kampung sepatutnya tau apa yang akan berlaku di kawasan mereka. Orang pekan sepatutnya tau apa yang sedang dirancangkan dikawasan mereka.


Tapi oleh kerana maklumat ini cukup berharga, maka ianya dirahsiakan dari pengetahuan awam. Yang tau cuma kroni-kroni pemerintah supaya depa dapat mengaut keuntungan.

Aku bagi contoh.
Tanah-tanah kepunyaan orang Melayu di Kampung Changkat Duku sekarang berharga sekitar RM25,000 seekar. Hangpa tau Kampung Changkat Duku kat mana? Ditepi Tasik Chenderoh. Disebabkan tak ada pembangunan, harga tanah itu kekal dari sepuluh tahun dulu sampai sekarang.

Tiba-tiba ada orang datang tanya sapa nak jual tanah. Dia sanggup offer RM40,000 seekar. Orang kampung yang tak tau apa-apa terus jual sebab harganya tinggi. Depa tak tau..harga tanah tersebut akan meningkat sehingga RM100,000 seekar sebab depa tak tau apa yang sedang dirancangkan oleh pemerintah. Yang tau perancangan tersebut ialah puak-puak Umno. Dan depa la yang beli tanah untuk dijualkan semula dengan harga yang tinggi apabila projek pelancungan yang sedang dirancangkan oleh pemerintah dilaksanakan nanti.

Bila projek pembangunan dibuat..masa tu orang kampung berputih mata. Tasik Chenderoh yang dulunya depa boleh tangkap ikan…sekarang dah tak boleh masuk. Sedangkan yang dijual hanya tanah!! Masa tu nak protes atau demo pun tak guna.

Sapa yang tau apakah yang sedang dirancangkan disekitar kawasan Perbandaran Kuala Kangsar? Baru-baru ini ada pameran Deraf Perancangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. aku tanya kat orang Pakatan…sapa pun tak ambik pot. Aku tanya kat orang Umno..pun depa tak tau. Yang tau cuma pemimpin Umno.

Kalau aku nak beli Deraf tersebut..aku kena cari RM250.00. Pasai apa aku nak beli? Tak kan aku kena keluar duit poket aku…kecuali la kalau aku ni ahli perniagaan yang nak cari projek. Tapi sekurang-kurangnya, orang parti kena la beli benda ni…baru la boleh cerita kat orang kampung tentang apa yang Umno nak buat. Nak dijadikan isu untuk modal politik pun boleh.

Tapi bila aku suruh depa beli…depa kata tak dak duit. “Kita parti pembangkang mana ada duit!!” Dah selalu sangat aku dengar benda tu.

Dulu…aku minta parti beli Daftar Pemilih pun depa kata tak dak duit. Tapi yang herannya…buat bengkel pilihanraya kat Danok ada duit. Nak sambut Anwar datang ke Kinta Valley Estate..ada pulak duit untuk sewa bas sampai dua biji.
Ini masalah bila tak tau yang mana satu patut diberi keutamaan.

Masa Pakatan menang di Perak dulu, perkara pertama yang jadi rebutan diperingkat parti ialah nak jadi ahli Majlis. Aku tak mintak walaupun ditawarkan. Lebih baik aku motong getah dari jadi Ahli Majlis yang cuma dapat elaun RM600.00 sebulan. Tapi orang parti sampai bergaduh berebut nak jadi Ahli Majlis. Pasai apa? Pasai jadi Ahli Majlis boleh tau banyak maklumat. 

Dengan maklumat “first-hand” ini boleh dapat macam-macam komisyen.

Bila dah jadi Ahli Majlis, tak mau pulak cerita kat mesyuarat parti tentang apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ahli Majlis. ada Ahli Majlis yang kata..” tak boleh bagi tau…OSA!!” Anak haram betui.

Bila aku kata…”tak kan nak bagi tau kat parti pun tak boleh?” Depa jawab..”kena pisahkan kerajaan dengan parti.” Anak luar nikah betui.

Tiba-tiba..perkara pertama yang dilakukan oleh ahli Majlis Pakatan Rakyat ialah menaikkan kadar sewa tapak pasar tani dan pasar malam dari seringgit kepada dua ringgit sepetak.

Peniaga pasar tani marah..tapi depa bukan cari ahli majlis. Depa mai pejabat parti. Kat pejabat parti..aku sorang-sorang dok buat kerja parti yang tak bergaji. Peniaga maki hamun aku…masa berkempen nak tolong peniaga pasar tani..tapi bila dah menang terus naik sewa. Hutang Rafidah sebanyak RM60,000 depa tak mau tuntut. Hutang orang Umno beratus ribu depa tak mau mintak…tapi bila MPKK tak dak duit..naik harga sewa peniaga pasar tani. Orang lain yang jadi ahli Majlis dapat elaun, aku yang buat kerja tak dak gaji kena maki. Ada akai ka?

So…sekarang aku nak jadi ahli Majlis Manjung yang tak ada elaun pulak. Kalau orang Manjung nak tau apa perancangan Daerah Manjung..aku akan bagi tau. Kalau hangpa tak dak duit nak beli Rancangan Tanah Daerah Manjung..aku bagi tau. Kat mana nak dijadikan kawasan industri…kat mana nak dijadikan kawasan pelancungan..kat mana nak buat hotel..aku bagi tau. Kalau ada tanah sekangkang kera..jangan jual dulu. Tengok dulu perancangan Daerah Manjung..dan kalau ada yang tak puas hati…boleh protes sebelum ianya dilaksanakan.

Kalau dah jadi macam Teluk Rubiah..dah tak guna dah.
Benda ini juga sepatutnya dibuat di setiap daerah di Perak. Kalau Pakatan Rakyat mahukan undi aku..depa kena janji…bila memerintah nanti, maklumat-maklumat mengenai perancangan bandar dan kampung mestilah percuma dan senang diakses. Kalau Pakatan pun buat macam Umno..sorok maklumat untuk kepentingan diri sendiri..aku buat ABPR pulak. Asalkan Bukan Pakatan Rakyat.

Cuba perhatikan gambar dibawah. Aku potong-potong dan cantumkan supaya boleh masuk dalam blog ini. Hangpa save balik…kemudian paste kedalam Paint atau worksheet…supaya nampak jelas. Kemudian boleh nampak secara dasar tentang apakah pembangunan yang sedang dirancangkan di Manjung.

Kalau ada sapa-sapa yang ada tanah di Kampung Pasir Panjang…Batu 7, Batu 8 dan Batu 9..harga tanah sedang meningkat sebab kawasan tu nak dijadikan Bandar Pelabuhan. Kalau ada sapa-sapa yang bercadang nak buat homestay..kononnya pantai disitu cantik..jangan buat dulu. Sat lagi sapa pun tak mau mai pasai penuh dengan kapal.

Dan bagi sapa-sapa yang ingat nak buat banglo kat Teluk Batik…lebih baik buat tempat beli besi buruk. Sebab Teluk Batik juga akan hancur dalam masa tiga empat tahun lagi. Sama macam Juru di Pulau Pinang.

Hangpa studi dulu peta dibawah..lepas tu aku sambung.

No comments:

Post a Comment