Friday, February 3, 2012

Panas!!! Tiew Letak Jawatan dlm MCA, dakwa Ibrahim Ali sengaja buat... +Video

Pengerusi MCA cawangan Sri Desa MCA, Dr Collin Tiew mendakwa presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali sengaja menggunakan sampul putih di majlis Tahun Baru Cina anjuran pertubuhan tersebut pada 29 Januari lalu.

Tiew, yang menjadi sasaran cemuhan selepas dia bergambar di sebelah Ibrahim pada insiden itu pada 29 Januari lalu, mendakwa presiden PERKASA itu memang menyedari tentang adat dan pantang larang orang Cina.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur hari ini , Tiew berkata beliau membuat kesimpulan itu selepas membaca berita mengenai kehadiran Ibrahim di satu majlis Tahun Baru Cina di Pasir Mas, Kelantan. ( SINI )

Berita itu memaparkan gambar Ibrahim berbaju merah ketika meraikan warga emas di Kampung Pasir Tendang pada 21 Januari. Ibrahim adalah ahli parlimen Pasir Mas.

Menurut Tiew lagi, berita itu juga menyatakan bahawa Ibrahim menyampaikan ang pow (sampul merah) dan oren Mandarin kepada rakyat.

Oleh itu, tambah, tidak mungkin pada 29 Januari lalu, Ibrahim tidak tahu bahawa ianya adalah adat orang Cina. MKini

Tiew akan letak jawatan untuk lindungi MCA

NONE11:25PM Feb 2, 2012
Pengerusi MCA cawangan Sri Desa, Collin Tiew hari ini mengumumkan keputusannya untuk melepaskan semua jawatan dalam parti itu berikutan penglibatannya dalam kontroversi penggunaan sampul putih di majlis Tahun Baru Cina anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pada 29 Januari lalu.

Tiew berkata beliau akan mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada ibupejabat MCA esok, atas alasan beliau tidak aktif dalam parti.

"Saya telah lama memikirkan untuk berhenti. Saya tidak mempunyai cita-cita politik dan saya bukan seorang ahli yang aktif," katanya.

Tiew membuat pengumuman secara mendadak itu dengan mendekati tiga wartawan sejam selepas beliau selesai bercakap dalam satu sidang akhbar selama 90 minit untuk menjelaskan bagaimana beliau terbabit dalam kontroversi tersebut.

Tiga wartawan berkenaan sedang menghantar laporan mereka di tempat sidang akhbar tersebut, manakala yang lainnya telah meninggalkan tempat itu. Tiew berkata beliau akan memaklumkan perkara itu kepada media lain kemudian.

Tiew menjadi tumpuan selepas beliau membawa kira-kira 50 orang menghadiri majlis Tahun Baru Cina PERKASA pada 29 Januari lalu, di mana sampul putih yang berisi wang diedarkan dan bukan ang pau seperti tradisinya (dalam sampul merah).

Budaya Cina menetapkan bahawa sampul putih dikhususnya untuk upacara pengebumian dan Tiew dikritik kerana mengiringi presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengagihkan sampul putih berisi wang itu, sertai menaiki pentas untuk menterjemahkan ucapannya.

Tiew berkata beliau menghadiri acara tersebut sebagai pemimpin kumpulan kebajikan dan MCA tidak perlu diheret ke dalam kontroversi.

"Mengapa heret MCA dalam isu ini? Saya tak pernah memperkenalkan diri saya sebagai pengerusi MCA cawangan setiap kali saya berbuat sesuatu," katanya.

Dalam sidang akhbar sebelum ini, Tiew berkata beliau menyertai MCA supaya lebih mudah baginya melakukan kerja-kerja kebajikan.

"Saya jarang menghadiri aktiviti cawangan atau mengikuti perkembangan politik," katanya. Mkini

No comments:

Post a Comment