Wednesday, February 8, 2012

Najib "TEMBERANG" di Kerinci

Pakej Malaysia terbaik dibanding dunia Afrika
8 FEB — Berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur sehari sebelum Raya Cina: Malaysia miliki pekej terbaik dibanding dunia lain dari segi taraf hidup dan kemudahan untuk rakyat, value of money, harga minyak, kos dan sewa rumah, rekod cemerlang dari segi memampuan mentadbir.

“Jika digolongkan sebagai satu pekej, saya berani mengatakan Malaysia terbaik di dunia,” katanya.

Saya setuju betapa adanya kemajuan dalam bidang-bidang yang disebutnya itu berbanding sebelum merdeka dulu. Ia terbaik dibandingkan dengan setengah negara khususnya di benua Afrika, malah setengah negara di Asia yang lebih dulu merdeka seperti Filipina, Indonesia dan Myanmar.

Saya takut terjadi seperti peristiwa Tan Sri Ghazali Shafie baru jadi menteri awal 70an dulu. Ketika menghadari taklimat satu jabatan di kementeriannya, pegawai menyebut lebih maju dari setengah negara lain. Tan Sri Ghazali terus bertanya, “Negara mana?”

Dia tidak dapat menjawab dan pengsan.

Tetapi untuk dibandingkan dengan kemajuan setengah negara baru yang maju seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura mungkin seperti membandingkan Malaysia dengan Filipina dan Myanmar saja.

Belum dibandingkan dengan kemudahan yang ada di Jepun dan Jerman yang kedua-dua hancur luluh dalam perang dunia kedua dulu. Di mana Malaysia hendak dibandingkan dengan kemudahan awam, kemudahan hidup dan lain dengan kedua negara itu.

Dalam tahun 1969 tukaran ringgit berbanding Dolar Amerika ialah RM3 bagi sedolar sedang Jerman Barat 4 Mark bagi sedolar. Tahun 1970. Mark Jerman dan Ringgit sama, kurang dari tiga Ringgit/Mark bagi satu dolar, tetapi bagaimana kedudukan Ringgit sekarang dibanding dengan Mark?

Ketika Singapura dalam Malaysia nilai mata wangnya sama. Tetapi apa jadi nilai Ringgit sekarang dibanding dengan Dolar Singapura? Mengapa nilai Ringgit jadi kecil?

Malaysia lebih dulu merdeka dari Singapura. Semasa Malaya merdeka, politik Singapura terumbang ambing, tidak stabil dan tidak nampak jaminan masa depannya. Malayalah jadi perhatian dunia luar di Asia Tenggara ini.

Singapura sejak awal banyak bergantung pada hasil Malaya dan negara Asia Tenggara lain. Ia tidak ada hasil. Kerana Inggeris menjadi tuan di Malaya dan Singapura, Inggeris bangunkan Singapura atas hasil Malaya. Apabila Singapura dimerdekakan, seolah-olah gelap republik sekangkang kera itu.

Tetapi di mana kemudahan dan kemajuan Malaysia sekarang dibanding dengan Singapura? Mengapa kebanyakan negara dunia menjadikan kedutaannya di Singapura sebagai pusat bagi semua kedutaan di Asia Tenggara? Kedutaan mereka di Malaysia jadi yang kedua selepas Singapura.

Jika kemampuan Malaysia di bawah Barisan Nasional baik dari negara lain, mengapa pembangunan Iskandar Malaysia banyak bergantung kepada Singapura? Bukan Malaysia tidak keamampuan tetapi kemampuan itu tiada apa-apa dibandingkan dengan kemampuan Singapura yang tidak ada hasil mahsul.

Mungkin Malaysia berbangga minyak runcitnya lebih murah dari jiran-jirannya. Tetapi ia adalah disebabkan Malaysia ada minyak dan gas, negara-negara lain tidak ada kecuali Indonesia.

Tetapi pekej harga minyak Malaysia tidak semudah dan semurah pekej yang didapati oleh rakyat negara pengeluar minyak yang lain seperti Iraq, Iran dan Libya.

Najib mendakwa tentang kemampuan mentadbir Malaysia yang baik. Tetapi dibanding laporan audit negara tentang pentadbiran kewangan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, negeri yang ditabdir BN adalah buruk. Hutang negeri-negeri kepada pusat bertambah, sedang hutang Kedah dan Kelantan kepada pusat berkurangan.

Najib mendakwa pentadbiran BN ada rekod yang baik. Tetapi rekod rasuahnya saja antara yang tidak baik di dunia, bahkan ia jauh lebih buruk dari zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Tidak diketahui rekod rasuah peribadi Tun Hussein Onn, Tetapi yang lain-lain dilihat dan dirasakan rasuah. Elokkan rekod itu?

Magaret Thather mempunyai rekod pentadbiran dan ekonomi yang baik, tetapi ia tidak menghalang pengundi Inggeris menggantikan pentadbiran yang ditinggalkanya kepada Parti Buruh. Presiden George H.W. Bush memiliki rekod mengalahkan Saddam Hussein dalam perang Teluk, tetapi pengundi Amerika menggantikn dengan Bill Clinton.

Bill Clinton mendakwa berjaya dalam program ekonominya tetapi rekod itu tidak menghalang rakyat menukar kerajaan.

Jika pekej rekod kerajaan BN itu diteliti, tidak mustahil dakwa Najib di Kampung Kerinchi itu satu temberang yang nyata.

Najib kata, dia ada rancangan yang lebih besar. PR juga ada program besar. Dibandingkan kerajaan negeri PR yang kurang dari empat tahun boleh mengawal kewangan lebih baik dari negeri BN, tidakkah PR lebih meyakinkan?

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

No comments:

Post a Comment