Saturday, February 18, 2012

Kelantan miskin: Najib Raja Pembohong!!!


“Kerajaan Pusat telah merompak hasil royalti Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun, kemudian menuduh Kelantan miskin.” - Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof.
ISU KELANTAN MISKIN: Sebenarnya secara purata indeks kemiskinan Pulau Pinang adalah yang paling rendah di Malaysia dengan kadar 0.3 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah, mengikut kajian 2004. Menurut laporan kajian Rancangan Malaysia Kesembilan, negeri-negeri yang paling teruk dilanda kemiskinan ialah Sabah dengan 23 peratus, Terengganu 15.4 peratus dan Kelantan 10.6 peratus.

Sekadar menyimpang sedikit, dalam kes Kelantan, ia adalah “kemajuan” kerana kadar kemiskinan pada tahun 1999 adalah 25.2 peratus, merupakan negeri paling miskin di negara ini. Kerajaan negeri pimpinan Pas telah berjaya menurunkan kadar itu sebanyak 14.6 peratus. Sebaliknya Sabah yang diambil alih pimpinan negeri oleh Umno dan Barisan Nasional pada 1994 hingga sekarang, kadar kemiskinan sejak 1999 hingga 2004 tidak banyak berubah, iaitu turun sedikit dari 23.4 peratus ke 23 peratus sahaja.

Secara am, lebih ramai Melayu miskin di negeri-negeri majoriti penduduk Melayu khususnya di bawah pentadbiran Umno dan Barisan Nasional - THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA BHARU, 18 Feb: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini berbanding Sabah umpama menepuk air terkena muka sendiri.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, juga berkata kenyataan memuji Sabah kerana ingin ‘membodek’ rakyat di negeri itu dengan fakta yang merapu.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika berucap di Lahad Datu, Sabah yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini.


Menurut Zailah lagi, tindakan kerajaan Pusat terhadap Kelantan juga tidak ubah seperti mengingat kaki dan tangan, apabila merompak hasil kekayaan di negeri itu, namun tidak menyalurkannya semula.


“Jangan membuat sebarang dakwaan yang mengatakan Kelantan miskin selagi hasil royalty negeri ini dirompak serta tidak dikembalikan pada negeri kami.


“Kerajaan Pusat telah merompak hasil royalty Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun, kemudian menuduh Kelantan miskin,”ujarnya yang juga Anggota Parlimen Rantau Panjang.


Beliau juga turut menempelak kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan Kelantan negeri termiskin di negara ini, sebaliknya Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah miskin berbanding Kelantan.


Tegasnya, semua negeri berkenaan adalah diperintah oleh Umno dan BN bukan Pakatan Rakyat.


Pada masa yang sama Zailah turut mempersoalkan Kelantan masih dianaktirikan sejak hampir 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan, jalanraya juga tidak dimajukan.


“Begitu juga tebatan banjir di Rantau Panjang telah dijanji nak buat sejak RMK-7, kini dah RMK-10 masih tak buat-buat lagi.


“Bila banjir besar melanda, rakyat tidak boleh mencari rezeki menyebabkan ekonomi mereka lumpuh, jadi jangan buat kenyataan yang membolehkan rakyat Kelantan marah,”ujarnya. Harakah

PM NAJIB RAZAK.. RAJA PEMBOHONG 1MALAYSIA...MALANG BAGI RAKYAT MALAYSIA
TV3 SUKU SEBENTAR TADI MENYIARKAN KOMEN PM HAJI NAJIB YANG MENGISYTIHARKAN BAHAWA KELANTAN ADALAH NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA.. RUPA2NYA PERDANA MENTERIKU ADALAH RAJA PEMBOHONG 1MALAYSIA.. INI BUKAN KALI PERTAMA NAJIB TIDAK BERCAKAP BENAR...HAKIKATNYA NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA ADALAH TERENGGANU DIIKUTI SABAH DAN PERAK.... SIAPAPUN SAMA ADA RAKYAT KELANTAN @ ORANG YANG PERNAH SAMPAI DI KELANTAN BOLEH MEMBUKTIKAN PEMBOHONGAN PM NAJIB... MALANG BAGI RAKYAT MALAYSIA - Bicara Che Wan

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/kelantan-miskin-air-terpercik-ke-muka.html

No comments:

Post a Comment