Thursday, February 9, 2012

Jadi Baik DIHINA, Jadi Jahat DIPUJA? Kenapa Cenderung Pada PAS??

Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.


Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).
Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.

Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge).

Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka. Sumber

HIJRAH ARTIS!!! Berdepan cabaran kerana kembali kepada Islam
AL MAWLID... (dari kiri) Zaf VE, Azan Ruffedge dan Pot Innuendo.
AL MAWLID... (dari kiri) Zaf VE, Azan Ruffedge dan Pot Innuendo.

Kenapa ARTIS YANG HIJRAH SOKONG/CENDERUNG PADA PAS BUKAN UMNO?
Admin 'pelik' la, kenapa personaliti/seniman/artis2 yg mula berubah dan berhijrah kepada yg lebih baik, boleh kata semua dr mereka sokong dan cenderung pada parti PAS...baik secara terang2an, mahupun sembunyi2...kenapa mereka xsokong Umno ye?...pelik pelik pelik..bezanya, artis yg masuk Umno baru2 ni still dgn tabiat dan cara lama..kalau yg berubah, mesti cenderung kpd PAS....kenapa ya?...=)

p/s: Gambar atas (sebelah) ni baru sikit, n terhad pada artis lelaki..artis prempuan yg berubah ramai lagi xmasuk dlm ni..

Sumber : Facebook Asal Bukan Umno.

Catatan : 
1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer
- antara lagu2 yg terkenal- Isabella (search),
taman rasyidah utama, hukum karma (wings)

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an) 'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan skinhead (A.C.A.B)

4. Azmil Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'
terkenal dgn lagu 'cinta utk nabila'
skrg ditukar lirik kpd 'cinta untuk nabi...lah' :)

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'

No comments:

Post a Comment