Kebenaran untuk Tee Keat: Palsu belaka, MB bukan Melayu tidak mungkin
Saya begitu hairan apabila membaca artikel Malaysia Chronicle (MC) yang bertajuk “Tee Keat akan menjadi 'Menteri Besar' Cina Selangor yang pertama?" [ SINI ]
Pada ketika itu, laporan itu telah menarik 275 komen daripada pembaca MC, testimoni kepada hangatnya isu pelantikan itu akan menjadi kenyataan.
Pada masa yang sama, saya juga belum menemui mana-mana laporan berita maklum balas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, atau Pandan MP Datuk Seri Ong Tee Keat.
Saya juga nampak akan tahap kematangan majoriti pembaca MC dalam memberi maklumbalas terhadap berita pelantikan yang belum berlaku itu.
Alih perhatian
Kenapa ia sukar dipercayai? Seksyen 51 dalam konstitusi Selangor adalah sebabnya:
…tiada seorang pun boleh dilantik menjadi Menteri Besar kecuali dia adalah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam. Jadi tidak hairanlah jika Najib dan Ong tidak memberi maklumbalas dari media arus perdana.
Ia amatlah sukar untuk dipercayai dan terlalu bodoh untuk di beri maklum balas. Ia nyata spekulasi untuk mengalihkan perhatian supaya Tee Keat keluar dari Pandan dimana dia telah berkhidmat sebagai MP dari Januari 1989 dan selama 23 tahun.
Kerja musuh Tee Keat- MCA pasti
Spekulasi berlegar pada kedua-dua belah pihak politik bahawa Tee Keat, bekas presiden MCA, akan menjadi Menteri Besar Cina yang pertama atau Ketua Menteri Selangor, jika pakatan Umno-BN berjaya mengambil kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Ia adalah jelas bahawa spekulasi itu hasil kerja orang yang tidak mahu Tee Keat untuk mempertahankan Pandan tetapi mencuba nasib untuk pencalonan Dewan Undangan Negeri (DUN). Siapakah mereka? MCA sudah pasti atau mungkinkah UMNO atau kedua-duanya?
Tapi satu perkara yang hampir pasti. Selepas 23 tahun dalam politik, Tee Keat tidak sebodoh itu untuk diumpan apabila Seksyen 51 Perlembagaan Selangor begitu jelas tentang pelantikan seorang menteri besar.
Semakin jelas, Tee Keat berada dalam perti perikatan yang salah.
Jackson Ng adalah bekas wartawan
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/isu-menteri-besar-cina-selangor.html
No comments:
Post a Comment