Saturday, February 4, 2012

Hassan Ali "menampar orang Islam", Politik perkauman dan agama paling buruk di era Najib

Dengan menuduh orang Kristian, Hassan Ali akhirnya menampar orang Islam Tidak syak lagi, sudah sampai masanya orang-orang mempunyai pegangan agama di Malaysia sama ada Islam, Kristian, Hindu atau Buddha bersatu hati dan menggesa kerajaan UMNO untuk menghentikan politik perkauman dan menakut-nakutkan di antara kaum. Mereka haruslah membuat tuntutan ini dengan kuat dan jelas kepada Perdana Menteri Najib Razak yang telah menciptakan segala kekacauan selama ini demi kekal berkuasa.

Tidak guna berharap kepada Najib yang “tenang dan sederhana” untuk dengan relahati mengatasi elemen ekstrimis dalam kerajaannya atau mereka yang baru-baru ini menyertainya seperti bekas pemimpin PAS Hassan Ali. Najib tidak akan membantu dan mengambil risiko menempa kemarahan mereka yang berada di sayap kanan parti. Tambahan pula, dia juga tidak asing daripada menggunakan taktik yang sama kerana sebagai ahli UMNO, perebutan kuasa itu berlaku dengan apa cara dan kos sekali pun sama ada secara adil atau kotor.

Politik perkauman dan agama paling buruk di era Najib

Tidak seperti yang dijanjikan Najib mengenai ‘kesederhanaan’ kuasa, kita telah lihat penggunaan terburuk agama dan perkauman demi memastikan parti mereka tetap berkuasa dalam kerajaan. Bukan hanya Perkasa (adik beradik UMNO) dibenarkan membuat kenyataan berunsur perkauman, Najib dan UMNO juga seakan memberi kebenaran kepada orang baru – Hassan Ali untuk berbuat demikian.

Jika tidak, pasti bekas Kaunselor PAS untuk hal ehwal agama Islam itu akan dikenakan tindakan kerana bertindak melampau dan sudah pasti beliau telah menerima kunjungan dari pihak polis. Tetapi kelihatan Hassan Ali yang ‘dilindungi’ itu berani membuat kenyataan bahawa paderi Kristian sanggup memberi alat elektronik dan menyamar dengan memakai kopiah di masjid-masjid dalam usaha mereka memurtadkan orang Islam kepada Kristian.

Hassan yang juga adun Gombak Setia itu telah dipecat daripada PAS dan kerajaan negeri Selangor awal bulan ini. Beliau memberitahu perhimpunan anti-murtad di Kepala Batas, Pulau Pinang pada hujung minggu lalu bahawa orang Islam di negara ini sangat mudah terpengaruh dengan kaedah ini kerana mereka kurang iman.

Cakap-cakap tanpa bukti dan Hassan Ali tetap boleh cakap sewenang-wenang

Tiga isu yang jelas dari komen Hassan Ali. Yang pertama dan kedua adalah ia penghinaan kepada orang Kristian dan Islam di negara ini. Yang ketiga adalah perkara ini harus diambil serius kesemua rakyat yang beragama di Malaysia.

Yang pertama, pemerhatian Hassan Ali bahawa orang Kristian adalah ancaman kepada orang Islam di Malaysia sama seperti yang dikatakan oleh Ibrahim Ali, Perkasa. “Terdapat laporan bahawa paderi warga asing memakai kopiah dan sembahyang di beberapa masjid di Petaling Jaya untuk mendekati orang Islam sebelum memurtadkan mereka. Saya diberitahu kumpulan Kristian ini mempunyai dana yang sangat besar,” beliau memberitahu 2000 orang yang menghadiri perhimpunan itu di Pulau Pinang. Perhimpunan itu pada asalnya dijangka dapat menarik 20 000 orang.

Hassan cuma banyak menyampaikan kembali cerita-cerita, laporan tanpa bukti dan yang sewaktu dengannya dalam perhimpunan itu. Hassan Ali belum lagi menunjukkan bukti terhadap dakwaan beliau dan mempelawa rakyat untuk menilai sendiri bukti itu, apalagi dibawa ke muka pengadilan. Di mana bukti kukuh anda? Atau adakah anda hanya semata berbohong untuk menyesatkan orang Islam di Malaysia?

Oleh itu, kata-kata yang keluar dari mulut Hassan Ali itu tidak harus dilihat lebih serius daripada gossip dan andaian beliau itu tidak lebih daripada cerita donggeng. Gossip yang tiada asas. Cerita yang dibuat-buat agar boleh digunakan oleh ahli politik yang ingin menakutk-nakutkan pengundi Melayu agar mereka mengundi UMNO. Sekiranya Hassan berjaya menarik minat orang Islam, dengan menarik minat 2000 orang, UMNO akan membantu Hassan untuk mencipta bukti demi menjadikan cerita Hassan itu sebagai realiti.

UMNO adalah penjaga kehormatan Islam yang paling teruk

Yang keduanya, mengapa Hassan mengatakan bahawa orang Islam kalah dengan “dana besar” yang digunakan oleh beberapa orang paderi ini? Umno telah pun berkuasa selama 54 tahun dan menguasai kekayaan negara. Bagaimana boleh beberapa orang paderi ini menjadi lebih kaya? Ia tidak masuk akal. Tidakkah ia menunjukkan bahawa Umno adalah penjaga agama Islam yang lemah selama 54 tahun kerana telah melaburkan sedikit dan infrastruktur masyarakat Islam juga begitu lemah sehinggakan sekumpulan paderi boleh mengumpul dana untuk memurtadkan orang Islam!

Bukankah suatu penghinaan dengan berkata bahawa disebabkan kekayaan orang Kristian ini, orang Islam sanggup meninggalkan agama? Ia menunjukkan betapa rendahkan padangan Hassan terhadap saudara seagamanya. Betapa lemah iman masyarakat Islam di Malaysia kerana mereka sanggup menukar agama hanya kerana mendapat beberapa alat elektronik.

Dana yang disimpan untuk agensi Islam digelapkan

Apa yang kita nampak adalah wang yang diagihkan untuk pembelajaran dan dakwah Islam di Malaysia telah disalahgunakan oleh pegawai yang mengamalkan rasuah seperti yang berlaku di agensi lain.

Ingatlah bahawa wang yang diagihkan untuk badan agama Islam di Malaysia datang daripada bujet negara dan ia juga berasal daripada wang pembayar cukai. Sebahagian besar wang itu juga datang daripada orang bukan Islam! Ini satu tamparan untuk orang Kristian sekiranya wang mereka itu digunakan untuk membiayai program perhimpunan Hassan Ali yang merendahkan kewujudan dan kepercayaan mereka.

Cakaplah apa yang anda mahu tetapi orang Islam mendapat wang untuk program-program yang melestarikan agama mereka daripada wang orang bukan Islam juga. Tetapi adakah anda pernah dengar orang bukan Islam mengkritik hal ini? Tiada yang lain selain Hassan Ali dan Ibrahim Ali yang tidak sedar diri dan dengan bongkaknya merendahkan martabat agama orang lain.

Tambahan juga, Hassan Ali menghina kebijaksanaan dan integriti orang Islam dengan mengatakan bahawa minda mereka lemah dan iman mereka boleh goyah oleh paderi yang memakai kopiah memberi mereka alatan elektronik. Dengan membuat komen sebegitu, Hassan Ali dan Ibrahim Alu sebenarnya mengatakan bahawa kerajaan yang ditadbir UMNO telah gagal memberi ilmu dan memantapkan agama Islam di Malaysia.

Beritahu orang Melayu mereka lemah fikiran dan iman

Yang ketiga, dengan meneruskan cerita donggeng orang Kristian memurtadkan orang Islam dengan alatan elektronik, Hassan Ali dengan tidak secra langsung mengatakan bahawa bukan sahaja orang Kristian yang boleh memurtadkan orang Islam. Bagaimana jika orang Hindu atau Buddha yang memakai kopiah dan membahagi-bahagikan alat eletronik? Tidakkan ia memberi kesan yang sama? Kenapa tidak serang orang beragama lain dan hanya Kristian? Jika hanya orang Kristian yang melakukan ini, mana buktinya?

Dalam hal ini Hassan Ali juga memberi ruang untuk memerangi agama lain juga. Mesej beliau adalah mana-mana orang bukan Islam boleh menakut-nakut orang Islam. Ucapan seperti ini tidak baik untuk Malaysia, rakyat Malaysia, orang Melayu dan orang Islam secara spesifiknya. Bukan hanya mereka lemah fikiran, mereka juga tidak bertanggungjawab untuk diri mereka sendiri dan memerlukan kerajaan untuk mengawal kaum lain dan beragama lain bagi pihak mereka- hanya dengan itu sahaja mereka dapat menegakkan syiar Islam.

Hassan Ali bukan sahaja berpotensi merosakkan perpaduan kaum Malaysia, beliau harus ditangkap oleh kerajaan Najib dan menerangkan maksud kata-kata beliau yang menghina dan merendahkan orang Islam serta orang Melayu.

Namun begitu,kerajaan Najib yang ‘sederhana’ itu membenarkan orang ekstrim seperti Hassan Ali untuk terus bebas. Kenapa? Supaya mereka dapat melakonkan watak polis baik. Inilah sebabnya mengapa orang bukan Islam, orang Islam dan orang Melayu harus bangun dari tidur dan sedar bahawa inilah sikap kerajaan yang mentadbir sekarang. Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada kaum atau agama mereka selagi mereka boleh terus merompak kekayaan negara dan menggunakannya untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan tidak bermoral- minda dan roh -Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment