Monday, February 13, 2012

EKONOMI ORANG MELAYU TIDAK PERNAH BERKEMBANG DI BAWAH KEPIMPINAN UMNO

IPOH, 13 Februari, Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara, jelas Pesuruhjaya PAS Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian mengatakan, yang sebenarnya perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh UMNO yang memerintah Negara selama ini.

Beliau menyatakan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin UMNO itu sendiri.

Memetik ucapan beliau “ sebenarnya pemimpin Umno yang kononnya berjuang mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri”

“ Pemimpin Elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu”

“Cuba kita lihat baru-baru ini, bekas Menteri Umno, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir mendakwa Umno gunakan wang pada kempen pilihan raya lalu untuk membeli undi”

“Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir menyatakan demikian dalam satu forum bahawa beliau sendiri memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi”

“Katanya beliau telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan beliau diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan dan ia secara terang-terangan untuk membeli undi”

Justeru disini jelas menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya tidak ikhlas dalam mempertahankan hak orang Melayu,semua tindakan mereka hanyalah semata-mata untuk mempertahankan kepentingan peribadi pemimpin UMNO yang terus ingin membolot harta rakyat. pas perak/-

No comments:

Post a Comment