Thursday, February 23, 2012

Demo Lagi!!!


Demo esok bantah tentera Amerika bakar al-Quran

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menyerahkan memorandum dan menganjurkan himpunan aman selepas solat Jumaat, esok di hadapan Kedutaan Amerika, di sini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan  berkata, himpunan itu bagi mengutuk keras tindakan jahat dan cuai tentera Amerika Syarikat yang membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin. ( Baca SINI)

Katanya, peserta berkumpul di Masjid Tabung Haji.

Menurutnya, pada 2010, Gereja Florida telah mencetus kemarahan umat Islam apabila merancang untuk membakar al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September di New York dan Washington.

Rancangan serupa, ujarnya diulang oleh Terry Jones Paderi Amerika Syarikat pada tahun lalu 2011 sempena ulang tahun peristiwa 11 September, malah pembakaran al-Quran telah dilakukan oleh Paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones.

Beliau berkata, al-Quran ada waktu itu telah direndamkan dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja sebelum ianya dibakar dengan pemetik api barbeku, al-Quran dibakar selama 10 minit dan gambar pembakarannya dirakam.

“Semalam timbul lagi isu pembakaran al-Quran, kini dilakukan pula oleh tentera Amerika Syarikat dan kononnya tindakan mereka tidak disengajakan. Persoalannya berapa kali lagi ia akan berlaku?” katanya.

Sehubungan itu, tegasnya Dewan Pemuda PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan propaganda yang mencetus kemarahan umat Islam seluruh dunia.
“Suatu tindakan yang tidak selayaknya dilakukan oleh insan yang bertamadun justeru ianya mempertajamkan lagi permusuhan antara mereka dengan ummat Islam.

“Semoga Allah SWT melaknat segala usaha untuk menghina dan memperlekehkan Islam dan memberi kekuatan kepada ummat Islam untuk terus bangkit mempertahankan maruah agama dan harga diri,” ujarnya. Harakah

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/demo-lagi.html

No comments:

Post a Comment