Sunday, February 5, 2012

BARISAN NASIONAL GUNA KU LI TAWAN KELANTAN +Video


Slogan Tukar Oleh UMNO di Kelantan "Acu Test Sepenggal".

Untuk menawan kubu terkuat PAS yang diterjui oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang akan turut bertanding pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti, Umno Kelantan telah meminta pandangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha memastikan BN kembali memerintah Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tengku Razaleigh (Ku Li) mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam politik negara dan Kelantan dan sebab itu pandangan tokoh Umno itu diperlukan dalam usaha menawan kembali negeri itu daripada PAS.

"Kita akan meminta nasihat Ku Li (Tengku Razaleigh) bagaimana untuk menjalankan gerak kerja Umno dengan lebih mantap dan berkesan dalam usaha merampas Kelantan daripada tangan PAS," kata Mustapa selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Mustapa juga berkata Umno Kelantan akan bekerja lebih keras dan tidak akan mudah berpuas hati dengan sokongan yang dikatakan begitu meningkat terhadap Umno di Kelantan ketika ini.

"Saya memang gembira dengan peningkatan sokongan yang begitu meningkat tetapi saranan timbalan perdana menteri untuk terus bekerja kuat akan dijadikan azimat kepada anggota Umno di Kelantan," katanya.

Dalam pada itu sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk negeri Kelantan bergabung melancarkan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar).

Gerakan tersebut bertujuan mengajak rakyat supaya menukar parti pemerintah di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang bagi mengatasi pelbagai membantu jentera UMNO untuk menawan Kelantan.

Pelancaran Tukar diumumkan secara rasmi selepas Konvensyen Media Sosial Kelantan di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, di sini hari ini.

Pengerusi Tukar, Kamaruddin Kassim berkata, rakyat negeri ini telah memberi tempoh selama 21 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan, malah, masalah asas masih tidak dapat diselesaikan.

"Slogan Tukar ialah 'acu test sepenggal', gerakan ini adalah satu manifestasi dan luahan rakyat Kelantan yang sudah jemu dengan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan yang penuh retorik selama 21 tahun memerintah.

"Kita akan bangkitkan semangat rakyat untuk berubah dan memberi peluang kepada kerajaan baru selama sepenggal dan sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal untuk menunjukkan prestasi yang baik maka, terpulang kepada rakyat untuk membuat keputusan seterusnya," katanya lagi.

Jika Ku Li tetap dengan pendiriannya, maka nasihat pertama yang akan diberikan kepada jentera UMNO/BN Kelantan adalah, menunaikan janji UMNO/BN untuk memberi royalti minyak kepada rakyat Kelantan yang telah kian lama di tuntut oleh PAS untuk rakyat kelantan, yang sehingga kini masih dalam perbincangan yang tak sudah sudah di parlimen. - REALLY

No comments:

Post a Comment