Saturday, February 11, 2012

Apa??? Rosmah Pun Dapat Elaun.. Apa Hal Nih?

Dia dah buat lagi dah. Tak habis-habis asyik cerita Rosmah sahaja yang keluar. Rupa-rupanya, sebagai isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,Rosmah layak untuk mendapat elaun perbelanjaantertentu seperti elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas. Inilah pertama kali rasanya, kami dengar yang bahawa isteri perdana menteri boleh menuntut elaun-elaun tersebut.

Berikut merupakan kenyataan dari Perdana Menteri sendiri berikutan soalan yang dikemukakan Liew Ching Tong, wakil DAP dari Bukit bendera.
“Ia termaktub di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berkenaan elaun-elaun dan keistimewaan bagi Perdana Menteri.”
“Akta itu menyatakan isteri Perdana Menteri yang mengiringi semasa lawatan rasmi atau semasa membuat lawatan rasmi secara bersendirian ke luar negara atau dalam negeri adalah layak menerima dan menuntut perbelanjaan seperti kelayakan elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas.”
Haish.. Sapa yang jadi Perdana Menteri sebenarnya ni? Yang buat kerja si suami, yang si isteri mengiringi pun dapat elaun jugak? Gaji dan elaun Najib pun dah cukup dah nak buat belanja sara diri kalau ada lawatan. Melainkan kalau pergi membeli-belah sampai tak ingat dunia, itu lainlah. Memang tak cukup.

Yang kami kecewa di sini, tidak perlulah isteri Perdana menteri untuk menuntut elaun. Tidak ada apa peranan pun. Yang berurusan hanyalah si suami. Yang tukang teman pun dapat elaun sekali apa kes. Cubalah fikir wahai pemimpin. Tak cukup ke hampir RM 50,000 elaun dan gaji Perdana Menteri untuk tampung perbelanjaan isteri?

Dah cukup banyak dah tu RM 50,000 nak membazirkan duit rakyat. Lagi pun kenapa perlu ada peruntukan sebegitu? Patutlah dalam Bajet 2011 peruntukan pengurusan naik. Atas sebab-sebab elaun tak berfaedah inilah yang di antara menyumbangkan kenaikan tersebut. Cukup-cukuplah membazir. ~beritasemasa

No comments:

Post a Comment