Thursday, February 9, 2012

Agenda sape ni ??? Bekalan minyak sawit ke Iran 'disekat'

Bekalan minyak sawit ke Iran 'disekat'
Siapa Amerika? Apa Kaitan Yahudi  dengan Isu Minyak Sawit Di Malaysia?


Bagi memahaminya ISU sila KLIK & BACA Israel serang Iran April ini (Harian Metro) , Iran Siap Sedia 150 Ribu Peluru Berpandu Jika Di Serang Israel. (KL Pos ) , Israel atau Amerika serang Iran? ( Harakah ) DAN Siapa ejen atau pengedar minyak kelapa sawit Malaysia ke seluruh dunia  .. Kenapa Malaysia mengikut RENTAK MEREKA??? - DLN

KUALA LUMPUR - Para pengeksport minyak sawit negara terpaksa menghentikan bekalan 30,000 tan bahan tersebut yang dibeli setiap bulan oleh Iran daripada para pengeluar Asia Tenggara berikutan kekangan baharu Tehran dalam prosedur pembayaran, demikian menurut dua sumber dagangan.


Pemberhentian dalam eksport minyak sawit negara telah bermula sejak akhir tahun lalu, merupakan langkah terkini bagi memujuk Iran untuk tidak meneruskan pelancaran program senjata nuklear.

Sekatan itu, yang dimulakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) telah menjadikan ia sukar bagi pembeli minyak sawit Iran untuk menggunakan surat-surat kredit dan membuat pembayaran melalui orang tengah di Emiriah Arah Bersatu kepada pengeksport Malaysia.

Malaysia adalah negara kedua minyak sawit dunia, turut menghasilkan biodiesel untuk minyak masak dan bahan-bahan kek.

''Kebanyakan syarikat yang menjual minyak sawit kepada Iran telah berhenti berbuat demikian pada akhir tahun lalu,'' menurut seorang pedagang yang terlibat secara langsung dalam dagangan tersebut.

Menurut beliau, pembayaran dilakukan melalui pihak ketiga dan tidak ada seorang pedagang mahu mengambil risiko menghantar kargo ke Iran dengan situasi politik yang tegang, kata sumber yang enggan dikenali itu.

Kementerian Komoditi dan Majlis Minyak Sawit Malaysia tidak dapat dihubungi untuk membuat penjelasan mengenai perkara itu.

Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan terhadap Tehran mulai tahun ini, dengan menyasarkan institusi kewangan yang berurusan dengan bank pusat, dengan harapan untuk mengekang pendapatan minyak Iran.

Iran mempunyai 74 juta penduduk, mendapati sukar untuk menyalurkan mata wang yang kukuh daripada eksport minyak sawit - penyumbang utama mata wang asing yang diperlukan bagi membayar penghantaran makanan dan import-import lain.

Para pembeli Iran juga gagal membuat pembayaran bagi 200,000 tan beras daripada pembekal utama di India, menurut pengeksport dan pengilang beras.

Para pedagang Ukraine dan Eropah berkata, mereka tidak lagi melakukan penghantaran bijirin ke Iran disebabkan kesukaran pembayaran, menurut menteri perladangan negara-negara itu.

Malaysia mengeksport kira-kira separuh daripada keperluan minyak sawit Iran dan tahun lalu mengeksport 342,256 tan komoditi itu, menjadikan negara sebagai pembekal utama, bersama Indonesia - pengeluar utama minyak sawit dunia. - REUTERS

No comments:

Post a Comment