Tuesday, January 10, 2012

Video Adam Adli Koyak Surat Pengantungan UPSI.

Dalam kesibukan dengan kebebasan Anwar Ibrahim dipertikai oleh beberapa pihak, [Berita Penuh] Adam Adli merupakan seorang aktivis mahasiswa dan merupakan seorang pelajar UPSI yang menurunkan banner Najib Razak di PWTC tahun lepas, telah dikenakan tindakan gantung 3 semester oleh pihak UPSI.

Menurut Adam, keputusan tersebut dibuat oleh mahkamah Auku, yang dimana para jurinya terdiri dari UMNO, iaitu Prof Zainak Kling, Prof zakaria, Rosli Taib.
Statement bodoh profesor kangkung


Adam juga akan mengambil tindakan undang undang untuk melawan keputusan yang dikenakan kepada dirinya ini.

Kenyataan media oleh Steven Sim Chee Keong in Bukit Mertajam pada hari Isnin, 9hb Januari 2012:

Hukuman ke atas Adam Adli: UPSI belot tradisi kritis Ibrahim Yacoob dan Pendeta Za'ba

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang mengecam tindakan pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggantung pengajian Adam Adli Abdul Halim selama tiga (3) semester. Justifikasi pihak universiti dalam mengambil tindakan tersebut ialah bahawa tindakan Adam Adli menurunkan bendera berimejkan portret Perdana Menteri menjatuhkan nama baik universiti dan mengancam keamanan dan moral awam. Alasan tersebut bukan sahaja tidak benar dan menindas malah bersifat kolot.

Di masa dunia mengakui peranan "Si Pemprotes" sebagai pemacu pembaharuan sosial seperti di negara-negara Timur Tengah dan Afrika di mana orang awam yang rata-ratanya anak muda seperti Adam Adli telah melumpuh dan menumpaskan rejim-rejim kuku besi di negara mereka. Hanya rejim kuku besi sahaja yang akan takut dan mengambil pendekatan menghukum terhadap tindakan protes aman seperti yang dilakukan oleh Adam Adli dan rakan-rakan.

Tindakan pihak universiti menghukum Adam Adli sebenarnya telah mencemar nama baik institusi pengajian tinggi yang tertua di Malaysia tersebut, dengan para alumninya seperti Ibrahim Yacoob dan Pendeta Za'ba yang begitu lantang mengemukakan kritikan terhadap kezaliman dan kepincangan semasa, termasuk terhadap pihak pemerintah.

DAPSY Pulau Pinang berpendapat keberanian Adam Adli serta kumpulan mahasiswa yang menentang undang-undang tidak adil seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) adalah amat tepuji. Justeru, DAPSY Pulau Pinang menyeru agar pihak universiti menarik balik keputusan tersebut dan membebaskan institusi pendidikan negara daripada cengkaman politik partisan yang sempit dan hanya berpihak kepada pemerintah tanpa kritis.

Gantung Adam Adli bermotif politik zalim - 
Nurul Izzah Anwar 
 
KUALA LUMPUR, 10 Jan: “Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bangkit dan pertahankan hak mahasiswa kerana mahasiswalah yang menjadi penyambung perjuangan kita demi Malaysia yang lebih baik,” ujar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk isu mahasiswa Adam Adli yang telah digantung pengajian selama tiga semester, di atas tuduhan mencemar nama baik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Baginya, tindakan menggantung pendidikan Adam Adli itu adalah tindakan yang opresif, bermotifkan politik yang zalim dan jelas menghalang mahasiswa dari menyuarakan pandangan mereka.

Katanya, kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda.

Sebagai nadi masyarakat majoriti, tegasnya mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang.

“Di manakah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti?” soalnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai kepada Harakahdaily.

Maka secara implikasinya, kata beliau jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Adam semalamlah yang sebenarnya merendahkan maruah dan nama UPSI itu sendiri, yang mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum Malaya mengecapi kemerdekaan. - Harakah

Jingga 13: Penggantungan Adam tak wajar

NONEJan 10, 2012 Sebuah NGO yang mesra PKR, Jingga 13 membidas tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bertindak menggantung Adam Adli selama lapan belas (18) bulan tanpa dibenarkan pembelaan peguam semasa dibicarakan.

Jingga 13 dalam satu kenyataan mediahari ini, setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad (kiri) berkata tindakan mengantung mahasiswa itu selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi UPSI adalah tidak wajar dan ternyata berat sebelah.

“Adalah satu kerugian buat negara dan institusi perguruan itu yang telah menggantung mahasiwa yang begitu progresif dan berani menyatakan pendiriannya secara tegas di sebalik mahasiswa lain yang terjerut dengan akta terbabit.

“Jingga 13 menyatakan sokongan padu kepada Adam Adli dan berharap tempoh penggantungan ini digunakan sebaiknya oleh beliau dalam mencapai cita-citanya untuk berkempen tentang kebabasan akademik.

“Proses ini adalah satu tempoh matang buat Adam Adli yang akan membuka jalan kepada kebebasan akademik yang lebih sempuna pada waktu-waktu mendatang,” petik kenyataan itu.

Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan semalam atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang pro-pelajar.

Menurut Saifuddin Shafi, tindakan UPSI menggantung Adam Adli hanya membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diamalkan kini semakin menekan dan membunuh pembangunan sahsiah mahasiswa.

“Jingga 13 merasakan keputusan itu adalah tidak wajar dan ternyata berat sebelah serta membuktikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diamalkan kini semakin menekan dan membunuh pembangunan sahsiah mahasiswa dan kecenderungan positif mereka,” katanya lagi.

Adam Adli pada sidang medianya semalam memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

"Saya tak kisah gantung, gantunglah saya. Kita akan terus lawan di mahkamah luar… Kita akan umumkan bila kita fail (permohonan)," katanya.

Katanya, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan itu walaupun diberi peluang.- Mkini

No comments:

Post a Comment