Friday, January 27, 2012

Utusan Malaysia Semakin Pelik, setelah disaman RM150 Juta.

Anwar Ibrahim masih lagi tidak mengambil tindakan terhadap Trio Datuk T yang meyebarkan Video Fitnah ke atas dirinya bersama seorang wanita mirip wanita cina.

Anwar Ibrahim mempunyai alasan yang amat kukuh, mengapa dia tidak mengfailkan saman ke atas individu individu yang tidak sudah sudah cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.

Yang peliknya pula, selepas Syarikat Utusan Malaysia (M) Bhd disaman dengan saman beharga RM150 Juta, semakin ramai yang meminta diri mereka di saman oleh Anwar Ibrahim.

Terkini mengenai isu politik ini, Anwar dicabar untuk melantik pakar forensik Antarabangsa untuk membuat analisa terhadap video seks yang telah diedarkan oleh Trio Datuk T ini.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.
Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia lah.

Kenapa Trio datuk T ini meminta Anwar saman mereka? kenapa mereka tidak laporkan perkara ini kepada pihak Polis dan jika ia sudah dilaporkan mengapa tiada sebarang tindakan undang undang dikenakan kepada Anwar? atau pihak Polis Malaysia pun tidak mampu mengangkat Video yang dibawa oleh Trio Datuk T itu sebagai bukti yang kukuh untuk mendakwa Anwar Ibrahim adalah karaktor dalam video tersebut.

Jika kita mengikuti perkembangan tentang saman Anwar kepada Utusan ini, yang sebenarnya, Utusan seperti tidak menerima hakikat Anwar Ibrahim berani saman mereka, Utusan Malaysia juga cuba memutarbelitkan jumlah amaun saman tersebut yang sebenarnya RM150 Juta kepada RM 50 Juta.

Selain itu, sudah beberapa hari berturut turut, Utusan cuba mengaitkan isu saman Anwar Ibrahim ke ini kepada sebarapa ramai pihak yang mungkin dan mempertikaikan kepada Anwar tak saman dia, tak saman dia ni, tak saman orang ni, orang tu, dan ia semakin mengjengkilkan.

Adakah Utusan Takut dan cuba untuk meminta simpati Rakyat Malaysia? - Really

No comments:

Post a Comment