Wednesday, January 18, 2012

Tu dia rupanya "BEKAS UMNO" masuk "UMNO" kah kah kah

PAS Gombak nafi 101 ahli sertai Umno 
Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir (gambar) menafikan dakwaan kononnya 101 orang ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, telah keluar PAS dengan menyertai umno.

Apa yang berlaku, 37 memohon menyertai PAS menjelang PRU ke 12 pada 2008 lalu dan 20 dari mereka memohon masuk Umno sebulan lalu.

Kemasukan mereka dalam Umno kononnya disebabkan berlakunya pemecatan AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila Ahli Dewan Undanagn Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali di pecat daripada PAS baru-baru ini," katanya.

Jelasnya, ketika PRU12 yang lalu, PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian PAS daripada cawangan tersebut.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung kerdas dua baru-baru ini. [ SINI ]

Beliau berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno. Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak.

Peristiwa kemasukan mereka dalam PAS dalam PRU12 pada 2008 adalah sangat drastik sebelum pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menurut Sallehuddin, ekoran berlakunya pemecatan keatas Datuk Dr Hasan Ali dalam parti PAS, tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk hadapi PRU13 nanti.

“Kita sentiasa melatih ahli agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar semua ahli istiqama dalam perjuangan, tidak kira samada parti PAS, PKR atau DAP kerana setiap parti yang di tubuhkan terletaknya dasar perjuangan yang di putuskan oleh pucuk pimpinan yang perlu di taati selagi tidak melanggari syariat.

"Justeru, saya harap semua ahli PAS kena faham konsep Perjuangan PAS dimana dasar pas adalah Islam berdasarkn Al- Quran, Hadis, Ijtima dan QIAS," katanya.

Hadir sama dalam sidang media, Kahirul Fahmi, Setiausaha PAS Gombak. - Harakah.


Baca >>> 100 Ahli PAS Gombak Sertai UMNO? Ketara Sangat Penipuan

Adakah ini yang dikatakan parasit?

Dikatakan 101 bekas ahli serta jentera PAS cawangan Kerdas 2, Gombak diketuai saudara Jais Ismail meninggalkan PAS dan menyertai UMNO kerana sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan tertinggi PAS ekoran pemecatan Hasan Ali....
Kah kah kah....Nampak sangat menipu si mamat ni!!
Kat luar berbaju PAS tetapi sebelah dalam berwarna biru.

Kantoi kantoi...

No comments:

Post a Comment