Tuesday, January 24, 2012

SAKARAN RASUAH 50,000 EKAR TANAH BUAT ANWAR?

DI SAAT Perdana Menteri Najib terus dengan ucapan klise (kitar semula) semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, musuh politik utama beliau sebaliknya kini berada di Sabah merasmikan sambutan yang sama yang dihadiri lebih 4 ribu hadirin pelbagai kaum yang berpusu-pusu mahu bersalaman dengan Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sudah dua hari berada di pulau Borneo, sebentar tadi mendedahkan bagaimana seorang bekas Ketua Menteri Sabah kelapan pada zaman dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, telah menyatakan hasrat mahu memberikan tanah seluas 50 ribu ekar kepadanya sebagai hadiah atas nama ayahnya, Ibrahim.

Anwar menjelaskan lagi bahawa atas nama siapa sekalipun dia tidak akan mengambil seinci pun tanah rakyat untuk kepentingan peribadi mahupun keluarga kerana sudah dididik dengan ajaran agama dan moral sejak di bangku sekolah lagi.

Tegas Anwar, bekas Ketua Menteri yang dimaksudkan adalah Tun Sakaran bin Dandai yang menjawat jawatan tersebut pada 1994, apabila setahun kemudian dia dilantik menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) sehingga digantikan oleh Tun Ahmadshah Abdullah pada 2002.

Tegasnya lagi, jika pemimpin Pakatan Rakyat berangan-angan untuk melakukan perkara sama, dia sendiri yang akan mengusir pemimpin tersebut kerana ia merupakan amanah rakyat yang mahukan pentadbiran cekap, telus dan berintegriti.

Tambah Anwar lagi, Pakatan Rakyat semakin diterima baik di Sabah dan Sarawak, malahan buktinya, sejak semalam, hampir kesemua anggota pasukan keselamatan dari Sibu dan Kanowit di Sarawak lagi beramai-ramai menghulur tangan bersalaman tanda kesyukuran dengan pembebasannya serta bertuah dapat menatap sendiri pemimpin yang bakal menyelamatkan Malaysia dari kehancuran Umno-APCO.

Dalam ucapannya lagi, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan rakyat Sabah semasa peristiwa pembebasannya dari tuduhan fitnah liwat 9 Januari lalu.

Anwar sekali lagi menjanjikan rakyat Sabah peluang untuk membangunkan negeri dengan penyerahan royalti minyak sekurang-kurangnya 20 peratus dari hasil jualan produk petroleum berbanding hanya lima peratus yang diberikan Umno-APCO dan Barisan Najis selepas Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Tegas Anwar, semasa pilihanraya umum ke 12 pada 2008 lalu, orang Sabah serta Sarawak telah sekali lagi memberi peluang kepada BN untuk membetulkan kesilapan mereka, akan tetapi malangnya apa yang dihajatkan tidak ditunaikan sebaliknya Sabah terus berada pada kedudukan kedua paling miskin di Malaysia selepas Sarawak, walaupun dilimpahi dengan khazanah hasil bumi yang banyak.

Gelombang perubahan yang dirasai sedang bersemarak di serata Borneo dengan pencapaian lebih baik kini di mana seramai lebih 3 ribu ahli PKR baru berjaya didaftarkan di seluruh negeri itu terutamanya di Tenom, Tuaran dan Kalabakan.

Hadirin yang mendengar ucapannya bersemangat dan teruja setiap kali penegasan Anwar untuk seluruh rakyat Sabah bergema di Dewan Kian Kok, Likas, Kota Kinabalu hingga ke luar dewan yang penuh sesak dengan hadirin dari sekitar bandaraya ini.

Sambutan diserikan lagi dengan tarian singa dan pertunjukkan kebudayaan masyarakat Cina yang mendominasi majlis yang turut dihadiri seluruh pimpinan Pakatan Rakyat pelbagai peringkat.

Penjelasan Anwar membuktikan bahawa tuduhan fitnah liwat terhadapnya hanyalah rekayasa Umno-APCO semata-mata kerana tiada satu pun fail rasuah membabitkan dirinya dibuktikan semasa memegang jawatan dalam kerajaan sehingga dipecat pada 1998. - SUMBER

No comments:

Post a Comment