Tuesday, January 10, 2012

Perkasa Dikencing Ibrahim Ali..Penyokong PERKASA lari lintang pukang..+Video


SEBELUM ini saya sudah banyak menulis tentang Berahim al-kataki Presiden Perkosa ini. Sebelum itu, mari kita baca apa kata sebuah portal pro Umno, Umno-reform2 yang menulis. "Adakah benar Presiden Perkasa, dalam usaha menangani kehadiran mereka yang menyokong Anwar Ibrahim dengan mahu mengadakan perhimpunan Perkasa dan memberi amaran kepada perhimpunan BEBAS – tidak hadir pagi semalam? Mungkin laporan MalaysiaKini menipu namun kita perlu tahu hakikat sebenarnya – adakah Ibrahim Ali hadir ... Ahli UMNO – perlu jelas dalam mengambil Ibrahim Ali sebagai pemimpin mereka dalam Perkasa (Umno-reform 2).

Jika di dalam media, terutamanya di TV 3 suku atau Utusan Meloya, Berahim alkataki ini kalau bercakap bagai `hali-lintar', maklumlah beliau selalu memegang keris panjang dan songkok tinggi. Sewaktu BERSIH 2.0 dahulu, Berahim al-kataki umpama `Pendekar Mustar' di dalam filem `Pendekar Bujang Lapok'. Hebat, garang dan bergaya lagaknya. Waktu itu, beliau beri amaran kepada BERSIH agar bersedia untuk berdepan dengan Perkosa jika BERSIH tetap ingin berhimpun.

Apabila tiba masanya, batang hidung raja katak ini langsung tidak kelihatan. Tertipu lagi budak-budak dan orang-orang tua di dalam Perkosa. Perkosa entah ke mana, kumpulan Silat di bawah Omar Din pun ghaib ke mana.

Terbaru, kempen 901 semalam untuk menyokong DS Anwar sewaktu hari keputusan kes fitnah liwat II terhadap Ketua Umum PKR itu, Berahim alkataki sekali lagi dengan garangnya memberi amaran kepada penyokong-penyokong DS Anwar agar bersedia untuk berhadapan atau menerima provokasi dari pihak songkok tinggi. Beliau ingat kita di dalam PR takut hanya dengan seekor raja katak beserta beberapa ekor lagi pencacainya? Mereka silap besar.

Perhimpunan penyokong-penyokong DS Anwar telah diadakan di tempat letak kenderaan di luar perkarangan Mahkamah Jalan Duta. Sejak awal pagi lagi penyokong-penyokong DS Anwar mula memenuhi ruang di situ, dan khabarnya kumpulan Berahim Ali akan berkumpul di Masjid Wilayah. Tujuannya apa? Masakan hadir untuk menonton sahaja? Sudah tentu Berahim alkataki ada perancangan `mulia' untuk melakukan sesuatu kepada para penyokong DS Anwar.

Malangnya, sekali lagi ahli-ahli Perkosa diperbodohkan oleh raja katak. Semalam, usahkan batang hidung, songkok tinggi Berahim Ali pun tidak kelihatan. Di mana beliau menyorok waktu itu? Ada yang berkata, raja katak tidak dapat hadir kerana tiada hujan. Lazimnya, jika mahu hujan katak-katak akan bising berbunyi. Oleh kerana waktu itu tiada hujan, maka Berahim alkataki pun tidak hadir di sekitar mahkamah. Penakut rupanya si Berahim.

Saya nampak geng-geng Perkosa tidak sampai pun 50 orang berada di perkarangan Masjid Wilayah sementara menanti raja katak, bos mereka. Malangnya, Berahim alkataki tidak menunjukkan taringnya yang tumpul itu. Entah di mana kali ini beliau menyorok atau berada di bawah tempurung. Kesihan budak-budak dan bapa budak yang kerap sangat tertipu dengan Berahim alkataki ini.

Sahih dan nyata, Berahim alkataki penakut dan bacul selama ini. /wfauzdin.blogspot.com

(Video) Penyokong PERKASA lari lintang pukang Dikejar Penyokong PR!!
Video ini orang umno yang ambil bro..itu sbb tajuknya
"Komando AMK Belasah Orang Awam" memang kerja Umno
Bangsat ni nak menipu rakyat...Ingat Rakyat skrg "Bahlol"
macam penyokong Umno ke beb..Melayu Bangang,Umno Menang

kredit : karat ejau

No comments:

Post a Comment