Tuesday, January 31, 2012

Pemuda Umno : “Ada cawangan Umno yang berkubur"

Pemuda Umno: Singkirkan Devamany dari Cameron Highlands
"Ada cawangan Umno di sini yang berkubur kerana tidak mendapat perhatian ahli parlimen," kata Azizi Ahmad.

PETALING JAYA: Pemuda Umno Cameron Highlands membuat usul supaya ahli parlimen sekarang Datuk SK Devamany digantikan dengan orang lain dalam pilihan raya umum ke 13.

Usul itu dibuat sendiri oleh Ketua Umno bahagian, Azizi Ahmad.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada perbincangan khusus oleh Umno bahagian tentang usul tersebut.

Aziz juga menolak dakwaan untuk membawa Presiden MIC Datuk G Palanivel bertanding di parlimen Cameron Highlands dalam pilihan raya ke 13.

Tetapi beliau mengakui ramai orang Melayu tidak gemar dengan berapa tindakan ahli parlimen sekarang Datuk SK Devamany.

`Cawangan Umno berkubur’

“Ada cawangan Umno di sini yang berkubur kerana tidak mendapat perhatian ahli parlimen.

“Beliau juga membantu NGO yang menyokong beliau sahaja,” kata beliau.

Azizi menambah, ada pemimpin Umno bahagian yang marah dengan Devamany.

Beliau mempertahankan tindakan Palanivel mengadakan program termasuk merasmikan bangunan tambahan SJKT Tanah Rata serta majlis Ponggal di situ baru-baru ini.

“Sebagai presiden sebuah parti komponen BN, tidak salah beliau berbuat demikian,” katanya.

Azizi juga membantah kenyataan Ketua Wanita Umno Cameron Highlands Ramiza Mohd Husain bahawa Pemuda Umno bahagian menyokong untuk mengekalkan Devamany mengekalkan kerusi Cameron Highlands.

Seorang AJK Umno bahagian memberitahu Palanivel telah merasmikan beberapa program di Cameron Highlands termasuk perasmian SJKT Tanah Rata. FMT

No comments:

Post a Comment